Kita Mudah Lupa, Nama pun Manusia

by fiezaradzi on 30 January 2010 · 4 comments

Lain macam jer tajuk ek.. hahaa.. Tapi itu lah hakikatnya kan.. Manusia memang mudah lupa.

Sebenarnya dalam minggu ni saya cuba ingat kembali perkara yang saya fikir memang teramat mudah bagi orang lain – membuat kapal dari kertas (origami). Penat fikir. Mudah kan perkara tu.. Asalnya saja-saja jer.. banyak hari dah try buat, habis kertas-kertas kotor terpakai jadi mangsa. Pastu fikir, nape la benda kecik dan senang tu boleh lupa.. Nak kata pregnant tak juga.. (orang kata wanita hamil mudah lupa- kebenaran ketika saya hamil kali pertama dulu..). Entah kenapa..

kapal

kapal

Last-last semalam, dalam mata dah pejam, tinggal nak dibuai mimpi, tiba-tiba rasa cam nampak jelas di mata buat lipatan. Terus bangun dan capai kertas yang dah keroyok lunyai tu, lipat-lipat, akhirnya jadi sehelai sebijik kapal kertas. Puas rasa.. Biar la kengkawan nak kata pe, tapi pas dapat buat tu terus saya rasa puas. Kalau tak, encik suami ajer la yang tau camner saya tak puas hati memikir…

Kenapa ye kita mudah lupa? Adakah sebab terlalu banyak perkara yang kita fikirkan, atau kita tertekan dengan persekitaran atau perubahan hormon atau kita dah semakin tua?? (saya setuju yang last ni..). Agaknya bila minda tak diajar menjana fikiran, maka sel-sel pun mati tak berfikir gak kot.. hahaa..  Kalau masa mengandung tu, mungkin la boleh terima kan.. (orang ngandung memang boleh beri macam-macam alasan kan..)

inilah kapal yang dah siap

inilah kapal yang dah siap tu - dah de dalam air

Apa pun, terima kasih ya Allah, sebab masih kurniakan akal fikiran supaya dapat menjalani kehidupan yang baik. Nasib baik Allah masih meminjamkan akal fikiran, kalau tak, susah juge kan.. Terima kasih sekali lagi Ya Allah..

**fiezaradzi – jadi kawan-kawan, marilah kita mencari jalan agar sel di otak kita sentiasa dijana, mencari ilmu yang takkan habis sepanjang hidup kita..

{ 4 comments… read them below or add one }

hafizmd January 30, 2010 at 1:03 am

1) Memang ade benarnya, bile minda tak diajak untuk berfikir, kemerosotan daya berfikir akan bermula.
2) Manusia yang suke berfikir, insyaAllah akan dapat melihat kebesaranNYA

p/s – Patutla ade bunyi ketik-ketik tadi. Rupenya ambil gambar nak masukkan dalam post..hikkss
.-= hafizmd´s last blog ..Biarkan ku pergi.. =-.

Balas Komen ini

fiezaradzi January 30, 2010 at 1:31 am

opps.. jgn ler bagitau.. malu saya..

Balas Komen ini

zaihana February 2, 2010 at 5:43 pm

haha..comel je komen apis, ada bunyi ketik2..

saya dengan masalah lupa ni, sangat dasyat, sampaikan masa nak bayar tol boleh masuk line lain. kadang-kadang sebab hilang fokus kot.
.-= zaihana´s last blog ..Cinta Sampai Syurga =-.

Balas Komen ini

fiezaradzi February 2, 2010 at 11:39 pm

@zaihana, bahaya tu miey.. masuk line lain xpe, jgn benti tgh jln sudah..

Balas Komen ini

Leave a Comment

CommentLuv badge

 Banner

Previous post:

Next post: