Makan

Laksa Penang

Assalamualaikum semua,

Ada orang bising, kata bila nak update blog ni? Lama dah tak update. Ye, memang betul pun. Dah lama dah. Bukan apa, tak de feel la nak update blog semenjak dua menjak ni. Jadi, banyaklah hutang entry belum tertunai.

Minggu lepas, masa cuti sekolah, balik ke kampung, sebab si kakak dah bising nak balik. Bila dah balik tu, singgah sekali bercuti. Cuti kat mana? Yang tu tunggu lagi satu entry.

Biasanya balik Penang ni, kena sedia duit lebih sikit, bukan apa, seronok keluar makan. Orang kata Penang, syurga makanan, mungkin kot. Tengok selera masing-masing jugak kan. Kalau suka cendol Banting, mungkin juga tak suka cendol Bukit Mertajam. Kan?

Salah satu makanan wajib makan, dan juga paling glamer adalah laksa penang. Mesti ramai suka kan. Kalau kat tempat kami tu, Laksa Penang Permatang Pauh jadi pilihan. Kuah dia tak pekat sangat, rasa pun best. Korang dah baca kot entry Laksa Penang Style dan Teh Ais Kak Pah? Pergi baca dulu.

Dah ramai jugak tanya suami mana gambar nya? Nak letak kat social media, kata mental pulak. Tak pelah, tak kisahlah nak kata apa, mai pekena sepinggan.

 photo laksapenang_zpsa38ed81a.jpg

Ada lagi hutang entry cermin mata baru. Terima kasih yang sudi jenguk. Nanti-nanti cheq update lagi ye.

@fiezaradzi.com – Laksa Penang. Rugi pulak tak sempat pergi mee machang bubok..

3 thoughts on “Laksa Penang”

    1. Tony,After reading your blog for a long time, and seeing the shift you've made over the past year, I can't help but think the following: You should probably just ditch 100 milers (except for Hardrock) and focus on the shorter Skyrunning 50M/50K stuff and busting FKT's. Maybe that's stating the obvious and you're already on this path, but at this point it's hard to imagine seeing you back at something like Rocky Raccoon. All the best this weekend covering the 84 K's.

Leave a Reply to Frutablend Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge