Laptop Penyebab Keburukan?

Posted by

Ada 3 persoalan di sini. Kawan-kawan berblog atau berkomputer:

  1. Gunakan komputer ‘desktop’ atau ‘laptop’?
  2. Kalau gunakan laptop (komputer riba), pernah letakkan di atas paha?
  3. Kalau pernah, berapa kerapkah melakukan aktiviti tersebut?

Bukan apa, ada laporan mengatakan tabiat menggunakan komputer riba atau laptop di atas paha ini boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar – memetik laporan penyelidik dari Switzerland.

Macam mana sindrom tu?

  1. Warna kulit tidak sekata
  2. Kulit berbintik-bintik

Semuanya kerana terdedah kepada kepanasan atau bahang panas dalam tempoh yang lama. Lebih-lebih lagi jika komputer riba bersentuhan secara langsung (tiada kain/lapik) di antara kulit dan komputer anda.

Tahukah anda?

  • Suhu di bahagian bawah komputer riba boleh mencecah sehingga 52 darjah Celsius.
  • Antara penyumbang salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.
  • Secara umumnya tidak berbahaya, bagaimanapun kulit boleh menjadi gelap secara kekal. — Kesian paha yang putih melepak tu jadi gelap.
  • Juga boleh menyebabkan kanser kulit pada bahagian yang terdedah.
  • Sindrom pernah berlaku di kalangan pekerja yang berada terlalu dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca.

Sumber dari: kosmo

@fiezaradzi.com – walaupun nama laptop, tapi jangan letak atas lap (paha) ye…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *