Layak ke Blog Ini Tercalon??

Assalamualaikum,

Di suatu petang, perbualan antara dua orang blogger yang tidak berapa tegar.

Blogger H: Awak, awak jangan terkejut pulak. (Ketika itu blogger F sedang sibuk membalas komen di blog yang kurang update tu).

Blogger F: Terkejut apa pulak ni?

Blogger H: Jangan terkejut pulak, ada orang calon blog awak ni.

Blogger F: Calon? Calon pilihan raya mana pulak ni? Mana mula lagi pilihanraya.

Blogger H: Bukanlah, ini ha.. (sambil menunjukkan website ‘glamer’ kepada blogger F).

Blogger F: Biar betul? Siapa lah yang baik hati calon blog ni? Layak ke blog ini tercalon? Dah lama dah, baru nak perasan ni.. Rugi, rugi.

Blogger H: Nampaknya saya kena undi blog awaklah ni ye?

Blogger F: Tak payah tanya-tanya lagi, jawapan dah pasti. Hihihi.. Jagan lupa tau undi blog ini tiap-tiap hari. 😉

Terkejut jugak nanti bila ada yang cakap blog fiezaradzi.com tercalon dalam Malaysia Social Media Week 2013, dalam kategori Life Style Blog. Memang terkejut dan tak sangka. Siapa tahu, macam mana nak tahu, siapa calonkan kita? (apa punya ayat ni??). Apa pun, terima kasih buat yang calonkan fiezaradzi.com di situ. Kerdil rasa di samping blog-blog hebat lain.

Jadi, kepada kawan-kawan, kalau rasa blog ini layak dapat vote dari korang, silalah sudi-sudikan diri vote. Tak paksa pun. Usaha kawan-kawan amatlah saya hargai. Terima kasih ye.. Mula-mula tak ambil tahu sangat pun pasal Malaysia Social Media Week 2013 ini, nampaknya kena lah sekarang. Tarikh last vote 8 Februari 2013 tau. (Eh, eh 8 Februari ni). Jadi, jangan lupa vote ye..

lifestyle blog

** Korang klik je banner kat atas tu. Siapa yang belum daftar, bolehlah daftar dulu. Lepas tu cari fiezaradzi.com dan vote. Terima kasih.

@fiezaradzi.com – Terkejut bila pertama kali benda-benda vote ini. Korang, tak paksa pun vote, tapi wajib vote tau. Hahaha..

Yea, dapat ikut blogger ini pergi #sbb2013

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *