Kenal tak apa itu cakoi? Mestilah kenal kan. Kalau rasa tak kenal, sila buka buku masakan, nak buka kamus bahasa pun boleh kot.. Saya memang suka cakoi ni. Memang nak belajar buat, cuma kadang-kadang dapat resepi yang tak menjadi bila buat. Ye lah, kalau buat sendiri kat rumah, untung-untung, ada juga lelaki kacak nak makan.
Lupa nak bagitau, hari tu Hairul ada poskan cd cakoi dan donut ni. Kalau nak belajar cara-cara buat cakoi macam-macam jenis ada dan juga donut ala-ala Dunkin Donnut atau Big Apple tu, bolehlah try. Cakoi dan donut pelbagai jenis yang sedap.
Ni bukan entry untuk cari duit, sebab saya tak dapat apa pun kalau ada yang membeli, cuma lebih kepada promosikan produk kawan kita ni. Tak salah kan..
ni cover ebook cakoi tu. nampak tak cakoi?
Kalau sebelah utara, orang panggil cakoi ni, pak tongkol atau dibaca pak tongkoi. Biasanya di utara ni makan pak tongkoi bersama-sama kuah kacang. Memang boleh lupa jiran sebelah. Erk, sebelah rumah tak de jiran lelaki kacak. Dalam rumah ada. Tapi kat KL ni, kadang-kadang makan macam tu je, atau ada yang buat kuah manis. Tak pun, dalam cakoi tu ada perasa sendiri. Coklat, strawberi, blackberry opps.. Pendek kata macam-macam jenis ada. Dalam ebook tu, semua ni ada.
Itu sebelah utara dan tengah Malaysia. Tahu tak, kalau sebelah timur panggil apa? Kalau kat Terengganu, atau lebih spesifiknya, Kuala Terengganu, cakoi ni dipanggil kayu keramat. Kalau jumpa tengah jalan, jangan ingat kayu buat ubat pulak. Ia sesuai dimakan semua peringkat umur. Kat Terengganu pun ia sungguh enak dimakan begitu sahaja. Macam iklan pulak.
Tak nak cerita lebih. Kalau nak tahu resepi yang mendalam, atau juga teknik lebih terperinci dan lebih faham, silalah keluarkan sedikit duit untuk beli ebook dari chef hebat ni, hairul ye. Lelaki kacak pun boleh buat tau. Kalau kena gaya, korang boleh dapat ebook lain percuma. Nak tau, kena pergi blog hairul ye..
@fiezaradzi.com – Seronok tengok video dalam ebook cakoi donut ni, macam-macam cara ditunjukkan.



{ 36 comments… read them below or add one }
“kayu khamat”
hehe…mmg sedap dimakan begitu saje…kena pulak kahwin ngn orang utara, ade cicahnye pulak…fuhhh! mmg sedap woooo
post terbaru hafizmd ..Wordless Wednesday Buku 5
@hafizmd, sebutnya khamat ye.. ingat keramat… haha..
mmg sedap cicah kuah kacang..
@fiezaradzi, naik bulu roma aku ni wehh..
post terbaru titan ..Kelantan dan Terengganu kalah. Selangor seri.
@titan, pasai apa en titan? ada benda halus lalu sebelah ka?hehehehe
post terbaru hafizmd ..Wordless Wednesday Buku 5
itu kena baca doa pelindung byk2 tu.. hihi
sabar.. sabar.. sila cakap pada dia spya jgn naik.. hehe
Sayangnya saya tak suka kuih cakoi.
post terbaru faizul ..Idea dan hujan adalah sama
lau buat sendiri mungkin suka kot.. try try
adoih, byk betul pekataan lelaki kacak, sampai takleh fokus kat content sbenar post nie.. haha, nie mesti sebab contest titan nie.. haha
post terbaru samanosuke_04 ..SPM, Titik Perubahan Hidup??!
@samanosuke_04, hehe…ni semua titan punya kheje…sbb dia suruh pekatkan dgn kyword tu…hahaha
post terbaru hafizmd ..Wordless Wednesday Buku 5
@hafizmd, ape nak buat kan? kene ikot je laa kerenah titan tue, moga2 menang contest
post terbaru samanosuke_04 ..SPM, Titik Perubahan Hidup??!
ameeen.. haha.. susah oo nakmenang, semua hebat2..
itulah titan, tak pasal2 glamor kat sini, wpun dah sedia glamor..
sapa rasa dia lelaki kacak, mesti boleh punya.. hihihi.. itulah, salahkan titan.. die punya pasal ni..
Lama x mkn cakoi..
lau pandai buat, pas ni tiap2 hari boleh makan..
Apa benda pun aku tak tahu cakoi ni
Tengok pun tak pernah
post terbaru tehr ..Pantun Hari Jumaat
biar betul ni.. mungkin org kelantan panggil lain kot.. meh dtg kl, kita blanja.. hehe
Hahaha, lama tak makan pak tongkoi ni..
Layan bila kena ngah kuah kacang..
Kena ngan bubuq kacang hijau pun best
post terbaru Jomtonton ..Search – Mentari Merah Di Ufuk Eropah
kacang hijau pun sedap.. uih, tiba2 rasa nak balik kg..
hehhee cicah dengan kari masin, lagi best ekekee
post terbaru padin ..Tatkala Pen Di Tangan
cicah kari ek.. baru dengar ni.. tapi jgn masin sgt ek, kang lain pulak jadinya..
@fiezaradzi, hehee takla masin berdengung, asal ada rasa masin dah cukup ekekee, try la.. masyyukk gak ekekee
post terbaru padin ..Kenali Istilah Hati
tak pe, nnti leh try.. biasa cicah roti canai dgn kari.. mesti best gak ni..
tima kasih Puan fieza atas review ini..tqvm ya..
post terbaru Hairul ..Harta melalaikan kita
sama2.. tolong sikit2 jer.. all d best ye..
@fiezaradzi, ya tolong sesama kita
amalan mulia.. hehe
dah lama tak makan cakoi ni
post terbaru kimmie ..Lelaki Kacak mesti cuba aktiviti Water Rafting
apa lagi, balik nanti, carilah.. tak pun buat sendiri.. hehe
nk berguru dn mak juga
itulah guru yg terbaik..
Saya suka kuih Cakoi agak susah untuk jumpa dijual selain Goreng Pisang dan Keropok.
post terbaru akubiomed ..Sambutan Earth Hour 2012 apa yang AkuBiomed bakal lakukan?
pisang dan keropok tu mmg banyak dijual.. kat sini oklah, on d way balik kerja de tepi2 jalan tu, tapi tak pernah singgah pun.. haha
ciktom pn dpt cd tue..plan jgk nk wat entry review..tp xsmpt2 lg taip entry tue..hii
post terbaru cik tom ..Lelaki Kacak Bijak
selamat studi cakoi cik tom.. all d best.. hihi