Lelaki dan Cakoi

Posted by

Kenal tak apa itu cakoi? Mestilah kenal kan. Kalau rasa tak kenal, sila buka buku masakan, nak buka kamus bahasa pun boleh kot.. Saya memang suka cakoi ni. Memang nak belajar buat, cuma kadang-kadang dapat resepi yang tak menjadi bila buat. Ye lah, kalau buat sendiri kat rumah, untung-untung, ada juga lelaki kacak nak makan.

Lupa nak bagitau, hari tu Hairul ada poskan cd cakoi dan donut ni. Kalau nak belajar cara-cara buat cakoi macam-macam jenis ada dan juga donut ala-ala Dunkin Donnut atau Big Apple tu, bolehlah try. Cakoi dan donut pelbagai jenis yang sedap.

Ni bukan entry untuk cari duit, sebab saya tak dapat apa pun kalau ada yang membeli, cuma lebih kepada promosikan produk kawan kita ni. Tak salah kan..

ebook cakoi donut dan lelaki kacakni cover ebook cakoi tu. nampak tak cakoi?

Kalau sebelah utara, orang panggil cakoi ni, pak tongkol atau dibaca pak tongkoi. Biasanya di utara ni makan pak tongkoi bersama-sama kuah kacang. Memang boleh lupa jiran sebelah. Erk, sebelah rumah tak de jiran lelaki kacak. Dalam rumah ada. Tapi kat KL ni, kadang-kadang makan macam tu je, atau ada yang buat kuah manis. Tak pun, dalam cakoi tu ada perasa sendiri. Coklat, strawberi, blackberry opps.. Pendek kata macam-macam jenis ada. Dalam ebook tu, semua ni ada.

Itu sebelah utara dan tengah Malaysia. Tahu tak, kalau sebelah timur panggil apa? Kalau kat Terengganu, atau lebih spesifiknya, Kuala Terengganu, cakoi ni dipanggil kayu keramat. Kalau jumpa tengah jalan, jangan ingat kayu buat ubat pulak. Ia sesuai dimakan semua peringkat umur. Kat Terengganu pun ia sungguh enak dimakan begitu sahaja. Macam iklan pulak.

Tak nak cerita lebih. Kalau nak tahu resepi yang mendalam, atau juga teknik lebih terperinci dan lebih faham, silalah keluarkan sedikit duit untuk beli ebook dari chef hebat ni, hairul ye. Lelaki kacak pun boleh buat tau. Kalau kena gaya, korang boleh dapat ebook lain percuma. Nak tau, kena pergi blog hairul ye..

@fiezaradzi.com – Seronok tengok video dalam ebook cakoi donut ni, macam-macam cara ditunjukkan.

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *