Personal

Lelaki Kacak Belanda Tetap di Hati

"Marwijk"

Demam Euro 2012 memang masih panas. Teringat zaman sekolah dulu, sanggup pergi dewan makan dengan kawan-kawan sebab nak tengok Piala Dunia 1998. Nasib baik warden bagi kebenaran, kalau tak, mau curik-curik tengok tv.. Masa tu France menang, kalahkan Brazil. Kami yang form 4 sokong France memang best jer, sebab masa tu kakak-kakak form 5 memang sokong Brazil bagai nak rak.. opss..

Itu kenangan tahun 1998. Lepas tu tahun 2002, tak boleh nak layan sebab masuk matrik. Tahun 2006, sempat layan, walau pun kena pergi Korea. Lagi meriah la, sebab Korea masuk jugak World Cup masa tu. Masa malam kat Korea memang tengok la kalau tengah free kan. Sampai Malaysia terus pergi kedai mamak layan satu game, dan juga layan final, masa tu lah kes Zidane tanduk Metarazzi tu.

Dua tahun lepas, Belanda jadi naib juara selepas ramalan Paul si sotong betul, mengatakan Spain yang menang. Tak pe lah kan.. Kebetulan je tu.

Bila minat Belanda, pun tak pasti, cuma kalau tanya bila kenal kelab luar negara, masa sekolah la. Mungkin jugaminat Belanda masa Ruud Van Nistelrooy masih lagi lelaki kacak dalam skuad oren tu, atau pun masa si tinggi lampai Van der Sar jadi penjaga gol yang baik. Tak pasti, tapi memang rasa Belanda boleh pergi jauh dalam World Cup 2010 yang lalu. Kali ni, ermm.. malas nak cakap lah.

marwijk belanda euroMarwijk, bukan wajik ye..

skuad belandaSkuad belanda, the oranje

Baik World Cup atau Euro, Belanda setakat ni masih di hati. Walau pun permainan yang ditunjukkan sepanjang musim Euro ni sedikit rasa tak puas hati, tapi aku tetap sokong Bert Van Marwijk.. Tapi kalau ditakdirkan satu hari nanti, Malaysia dapat pergi lebih jauh, baik Belanda, baik Spain atau negara mana pun, good bye.. Tetap sokong Malaysia..

** Amenda aku cakap pasal bola ni????
** Oh ye, hari ni last lelaki kacak kan?

@fiezaradzi.com – Orang minat pemain dalam skuad, nak minat jurulatih, boleh?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge