LELAKI KACAK URUSKAN HUTANG

Posted by

Hampir setiap orang termasuk lelaki kacak ada hutang kan? Lainlah macam titan, dah habis bayar pun hutang PTPTN. Baik lelaki mahupun perempuan, hutang sukar dielak, lebih-lebih lagi jika nilai barangan yang dibeli suatu nilai besar.

Barangan, aset atau liabiliti seperti rumah, kereta dan barangan rumahyang lain, ada yang mengambil keputusan membayar secara ansuran atau pun hutang. Bagaimana mahu menguruskan hutang atau membayar balik pinjaman ini?

Berikut adalah tips yang dapat membantu untuk kita menjadi lebih kacak dan jelita:

paid

Meminjam Secara Berhemat, mengikut kemampuan sebenar dan kemampuan semasa. Ambil kira pendapatan korang sekarang dan bukannya pendapatan akan datang. Juga ambil kira kos-kos tambahan dalam urusan pembelian.
Contoh: Dalam pembelian rumah atau kereta, ambil kira kos tambahan seperti insuran setiap tahun, kos minyak dan kos selenggara kenderaan.

Bayar Bil Secara Automatik. Korang boleh buat arahan tetap atau ‘standing instruction’ kepada pihak bank, yang mana duit pinjaman akan diambil dari akuan korang secara autmatik, agar pembayaran semula pinjaman atau hutang tidak dibayar dengan alasan korang lupa.

Buat Belanjawan. Belanjawan boleh dibuat dengan menyenaraikan pendapatan tetap korang, senaraikan perbelanjaan tetap dan perbelanjaan berubah serta ambil kira kedudukan kewangan korang.
Perbelanjaan tetap adalah seperti pinjaman rumah, kereta atau kad kredit, manakala perbelanjaan berubah adalah seperti bil utiliti dan kehendak lain. Kedudukan kewangan dikira dengan menolak segala perbelanjaan daripada pendapatan masing-masing.

Mengurangkan Hutang atau Pinjaman. Sebaiknya, cuba kurangkan baki pinjaman jika mempunyai wang lebihan, contohnya membayar pinjaman apabila korang dapat bonus 5-6 bulan, atau pun ada elaun tambahan berbulan-bulan. Ini dapat mengurangkan kadar faedah yang dikenakan setiap tahun. Selain itu, cuba belajar membeli secara tunai.

Mulakan Simpanan, selain untuk kecemasan, simpanan ini jugalah yang boleh digunakan untuk membayar pinjaman pokok, yang mana mampu mengurangkan caj kewangan atau kadar faedah.

Urus Kad Kredit Dengan Bijak. Mustahil bagi sesetengah orang itu langsung tidak menggunakan kad kredit, untuk urusan pembelian. Jika korang pun macam tu, urus dan gunakan sebaik mungkin. Bayar balik baki kad kredit dalam masa yang ditetapkan, untuk mengelakkan daripada dikenakan caj faedah yang tinggi. Skim bayaran mudah juga ada disediakan oleh pengeluar kad kredit jika korang nak. Usahakan untuk guna hanya satu kad kredit. Sebaiknya ajar diri membeli secara tunai atau menggunakan kad debit. Jika orang lain boleh, kenapa tak korang kan? Korang pun lelaki kacak kan?

Itulah dia enam tips yang korang boleh guna agar korang jadi lebih kacak dari lelaki kacak yang sedia ada. Jangan lupa bayar hutang, ingat pesanan ni.. Nanti ada masa kita tengok pulak korang kategori banyak hutang ke tak?

Korang dah baca macam mana nak urus duit?

** Ini dipetik dari panduan info perancang kewangan dan anda, dan tuan punya blog bukanlah seorang perancang kewangan yang profesional. Saya cuma sampaikan mana yang boleh ye. Harap maklum..

@fiezaradzi.com – ada yang tanya pasal kesihatan sedalam mungkin, aduh, saya doktor, tapi doktor bakteria jer, bukan doktor manusia..

Cabaran SEO Lelaki Kacak ini dianjurkan oleh Earncent.com dan ditaja oleh Contengconteng.com, Mrs.Yie, Abangensem, Cikgu Dahlia, Farish Ishak, PuanBee.com, w.habibu rahman, Azri Johan, Dirmansyah, 1Malaysianews.net LadfeAmir.com, SEO Apps, Bluedianthus.com, Hafizmohd.com, UmarFaruq.com, 1Artikel.com, Blog Bukit Besi, Radhio.com, Blog Perniagaan Internet, Hadi Hanafee, Jomtonton.net, Muaz Lelaki Kacak, Ohcikgu.com, BloggerWanita.com, Cyza Sector, LelakiAcai.com Sabreehussin dot com, Abrablog.com dan AhmadFaizal.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *