Lelaki Liat Berpuasa..kah?
2010
Salam Ramadan. Puasa tak hari ni. Dah lama sangat blog ni tak berupdate kan? Sindrom biasa berlaku.. ehheee.. Ok, berbalik kepada tajuk di atas. Lelaki Liat Berpuasa. Betul ke? Semalam di tv ada sembang-sembang bersama adik-adik di Forum Perdana. Dalam sembang-sembang tu pengacara ada cakap selalunya budak perempuan ni kurang sikit aktiviti ‘nakal’nya ketika di bulan puasa. Nakal tu maksudnya curi-curi makan/minum semasa berpuasa. Kawan-kawan pernah tak ponteng puasa tanpa orang lain tahu? Maksudnya pernah tak curi-curi makan atau minum, tak kisah la time kecik ke atau time dah besar panjang ni?
Lagi satu betul tak tajuk di atas? Bukan apa, baru-baru ni ada satu berita yang memaparkan aktiviti lelaki melayu di bulan puasa semasa berada di kedai mamak tersorok di pagi hari. Memang sah lagi bersuluh mereka ini bukan sekadar membeli nasi yang dibungkus, lebih mengejutkan mereka makan di situ. Untuk bersangka baik, yang membeli bungkus tu mungkin untuk isteri atau pasangan yang tidak dapat berpuasa. Tetapi macam mana pula dengan kes makan sambil hisap rokok di kedai itu sendiri?
Kadang-kadang terfikir juga, tidak malukah mereka? Dan rata-ratanya adalah golongan lelaki, yang sepatutnya tiada masalah dalam berpuasa melainkan ada masalah kesihatan dan keletihan. Tetapi apa kes jika makan di tempat awam (walaupun kedai bertutup)? Tidak segankah mereka dengan Pencipta Yang Satu, dan seolah-olah tiada langsung rasa hormat di bulan mulia ini.
Boleh dikatakan dalam 10 orang ke kedai itu, 8 daripadanya adalah lelaki. Apa cerita tu? Takkan semuanya letih atau sakit? Apa-apa pun, tepuk dada tanya iman. Tidakkah lebih liat unuk menggantikan puasa di kemudian hari? Sedangkan kanak-kanak kecil mampu berpuasa apatah lagi golongan dewasa ini? Berpuasalah jika tiada masalah kerana itulah yang dituntut dalam agama.
@fiezaradzi.com – Paling kurang hormatilah bulan Ramadan. Berpuasalah selagi terdaya. Salam Ramadan
* Apa pengalaman puasa anda yang tidak dapat dilupakan sehingga sekarang?
** Cadangnya nak buat kontest satu hari nanti. Ok tak? Agak-agak de ke orang nak join ek.. hihihi..
ada member sy, suami yg tak puasa.kesian dgr cerita dia.bila dtegur suami nya meradang.mkn & minum selamba katak kodok je dpn isteri.dlm erti kata lain tak menghormati org yg berpuasa.
tak kisah lah siapa dr kt, suami sekali pun, hrmat tetap kena hrmat org puasa kan
nsb lah ank2 diorg tak fhm lagi erti berpuasa..sadis sgt2..
ade tu, bila isteri tya, knp tak puasa, dia kata slh si isteri sbb tak kejutkan sahur,jd si suami ckp, suh tanggung dosa dia tak puasa..padahal isteri tu dh kejut sahur,dimaki hamun sbb ganggu tido dia.kesian sgt..
* eh dh mcm entry dlm komen lak ekekeke
.-= fdhelina´s last blog ..Teringin nya nak makannn =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
September 3rd, 2010 at 3:11 pm
@fdhelina, de jugak yang macam ni ek fara.. huhu.. si isteri kena byk bersabar ni.. sepatutnya suami tu yg memimpin isteri..harap2 kawan fara tu bersabar dan bykkan doa spya Allah bukakn hati suaminya utk beribadah..
tak pe, kdg2 komen pjg berisi ni best.. pengalaman org kan..bukan nak mengata, tapi sebagai peringatan utk semua…
[Balas]
x-po Reply:
September 3rd, 2010 at 3:32 pm
@fdhelina, ish2..sampai camtu sekali..huhu hati dah gelap dah tu kot
.-= x-po´s last blog ..ORANG SUDAH TIDAK SUKA- TIDAK PERLU TERHEGEH-HEGEH LAGI =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
September 3rd, 2010 at 4:08 pm
@x-po, sama2lah kita doakan hati die cerah semula..
[Balas]
camanalah nak harap lelaki yang tak berpuasa ni ya, setakata godaan air dan makanan pun tak boleh nak tahan, belum lagi godaan yang lain
.-= cikgunormah@klcitizen´s last blog ..Pilih Kasih =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
September 3rd, 2010 at 3:17 pm
@cikgunormah@klcitizen, itulah cikgu.. kdg2 terfikir juga.. lebih sedih ada yang bawa anak ke kedai tu utk tapau makanan. Apalah nak jadik di kemudian hari kan?
[Balas]
Memang sedeh bebenor kalau tgk berita2 melibatkan spesis yg same jantina ni..camne nak bimbing famili kalau dah diri sendiri camtuh?
Moge ade sinar cerah buat spesis lelaki dan suami sebegini..ameen
.-= hafizmd´s last blog ..9 tips untuk blogger yang sakit perut dan sama waktu dengannya… =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
September 4th, 2010 at 6:39 pm
@hafizmd, kan.. harap2 mereka ni sedar akan kesilapan sendiri… moga2 berubahlah..ameen
[Balas]
risau sangat tengok keadaan sekarang ni..ada tu yg makan tanpa segan silu..orang bukan islam pun tahu komplen kenapa la ada muslim yg tak puasa..
.-= Bb Hussain´s last blog ..Berbuka Bersama-sama =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
September 4th, 2010 at 6:40 pm
@Bb Hussain, itu yg buat lagi malu tu.. org bukan Islam lak yang komplen ek.. ish..ish..ish.. dulu2 tak de pun gini ek..
[Balas]
masa merdeka haritu temankan si dia cut rambut.. pastu npak sepasang kekasih beli jajan kat kedai cina..kedai tu betul2 mengadap jalan raya..
ceh! tak malu!!
[Balas]
fiezaradzi Reply:
September 4th, 2010 at 6:41 pm
@suri cahaya cinta, kat kedai cina lagi tu.. ape la.. cmne la family dorang nanti.. lau berubah baguslah kan..
tah, kita yang pompuan ni lau tak pose pun de rasa malu lau de lelaki yg tau..
[Balas]
x malu tul kdg2 ank buah saya 7 tahun dh bljaq posa…depa yang x posa ni iman nipis tui!
.-= aimannajmy´s last blog ..Pemahaman Asas Mengenai Struktur Lagu part 2 =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
September 4th, 2010 at 6:42 pm
@aimannajmy, samalah, 7 tahun dah penuh puasa. lau tertinggal tu sbb demam, ok pe.. ni yg dah besar pjg pun still tak pose.. mkn depan ramai plak.. malunye lah..
ape nak buat dgn dorng ni kan?
[Balas]
Assalamualaikum Fiezaradzi.
TQ menjenguk saya.
Tertarik dengan artikel fieza.
Betullah, kalau dilihat dari laporan akhbar atau TV, tak de berita orang pompuan yang kena tangkap, hanya lelaki.
Mungkin kerana lelaki nie ‘kuat’ dan mampu menghadapi orang sekeliling atau penguatkuasa agama.
Sedih juga seolah mereka nak tunjuk lagak ngan orang bukan islam yang mereka kuat dan boleh ‘lawan’ tuhan. Semoga kaum lelakiku tidak lagi melakukan aktiviti yang memalukan umat dan agama islam kita.
TQ
[Balas]
fiezaradzi Reply:
September 4th, 2010 at 6:43 pm
@Rasa, itulah yg nak disampaikan.. nape de yg sanggup cmni.. lau tak larat pose atau de masalah tertentu pun, balik la makan kt rumah.. ni cam nmpak sgt saje tak mo pose.. ish.. bangsaku..
[Balas]
haih.. macam mana lelaki ni… memalukan saja..
.-= lowongan kerja´s last blog ..Sari Pan Pacific Jakarta Jobs as Pastry Chef & Restaurant Manager =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
September 4th, 2010 at 6:43 pm
@lowongan kerja, tahu tak pe..
[Balas]
kedai mamak celup tu, tu yang selamba bukak tu. yang datang tu mesti dah nekad, ape nak jadi, jadilah!
[Balas]
fiezaradzi Reply:
September 4th, 2010 at 6:45 pm
@zackpantai, mungkin la.. so, kitrang pun lau de kedai mamak yg buka pagi2 tu, mmg konpius la.. pasni tak jejak kot situ.. kan sepatutnya dorng tutup time puasa.. cmne leh bukak lak..
nekad tu satu hal.. tapi nape perlu dinekadkan hal sebegini ek..
[Balas]
pernah juga nampak lelaki tengah lepak kedai mamak sambil minum teh tarik..dulu housemate pun tak pose..
.-= khairolghani´s last blog ..Salam Hari Merdeka 2010 =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
September 4th, 2010 at 6:46 pm
@khairolghani, wah.. ye ke… setakat ni saya tak pernah jumpa lagi lelaki yg dikenali tak pose.. bersebab ada lah.. teh tarik ek.. dah tak leh tahan agaknye nak minum sgt.. huhuu
[Balas]
Huh…memang memalukan saja mereka ni. Entah dah menyorok mana rasa malu dalam diri mereka yg seperti ni.
Macam mana lah orang lain x memperlekehkan Islam ni bila mereka yang seperti ni membuat onar dalam agama sendiri. Mudah-mudahan mereka akan sedar akan kesalahan mereka ni.
.-= Munir´s last blog ..Sekali ‘Blogger Yang Terkentut’- Rasakan Penangannya! =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
September 4th, 2010 at 6:47 pm
@Munir, itu yg terjadi skg ni.. bila umat Islam sendiri buat tak endah akan ajaran agama sendiri, bila org luar buat onar, buat dek je.. ape die kisah.. tapi last2 asyik salahkan org tak seIslam die.. pelik juga..
[Balas]
kat tempat saya ada gerai makan buka pukul 12. hoho. ramai pakcik lepak situ makan. haha. xlama lagi mmg kena ambush
[Balas]
fiezaradzi Reply:
September 6th, 2010 at 11:52 am
@naz, wah.. ape sebab pakcik2 kat situ makan ek.. hihii.. de kawan saya plak ckp, pakcik sorang ni tak pose, die kate pakcik dah tua, tak wajib pose, wpun die kelihatan sihat sejahtera.. huhuuuu
[Balas]
salam..
sy sebagai org laki, dulu kecik2 mmg rase penat kalau dah sampai pukul 4 ptg mcm tu..
tp kalau aktiviti nakal mencuri mknn tu xde lah kot..kami org laki mmg aktif dan lasak..sbb tu susah sikit nak bertahan puasa..hehe tp yg kat kedai mamak tu exception lah..kita x boleh expect semua org islam sembahyang dan puasa..ramai je yg x solat dan puasa,baik laki mahupun wanita..hehe
.-= botak´s last blog ..sampai bila =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
September 6th, 2010 at 11:54 am
@botak, de benarnya kata2 awak ni.. tapi kalau ye pun, kita tak perlu tunjuk kat org kita tak solat kan.. sama jugak dengan puasa.. paling kurang hormatilah bulan itu…
[Balas]
kat kl nie memang ramai je yang tak puasa.. beli nasi bungkus tengahari dkat kg baru…. bazar tuh pun salah, jual time tengahari ..macam awal sangat jer… huhu
.-= zik´s last blog ..Jutawan Kosmetik Datuk Sosilawati kena culik =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
September 6th, 2010 at 12:36 pm
@zik, de bazar jual tghari ek.. kat gombak ni selalunye ptg2 baru de.. dulu susah sgt nak tgk org tak pose, skg.. senang sesangat.. ape la..
pstt.. zik pose tak? hehhee
[Balas]
penjual, pembeli sama je..
2 2 tak pose, sebab tu dia jual kat orang lain..
.-= syahrilhafiz´s last blog ..Pantun karat- Mesej raya =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
September 6th, 2010 at 4:03 pm
@syahrilhafiz, begitukah? yg ptg, diri sendiri kena tanya diri di mana.. kan.. kdg2 die nak untung lebih.. bila de permintaan, itu yg dijualnya.. lau tak de, tak de kot org nak senang2 buka kedai camtu.. entahlah.. 2-2 salah..
[Balas]
syahrilhafiz Reply:
September 6th, 2010 at 8:45 pm
@fiezaradzi, erm betul jugak tuh..
kalau tak dapat sambutan, mesti tak laku punya..hihi
.-= syahrilhafiz´s last blog ..Pantun karat- Mesej raya =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
September 8th, 2010 at 12:04 pm
@syahrilhafiz, tul tu.. tapi tu la kan.. lau iman kuat, org buka kedai, mesti tak tergugat pun wpun depan mata
[Balas]
hoho..takdela liat. Diorang cuma lapar aje kot.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
September 8th, 2010 at 12:05 pm
@abrablog, hahaa… dah puasa, tentulah lapar kan.. nama pun menahan lapar.. hihii.. agaknya dah tak tertahan kot..
[Balas]
emang kuat puasa ya?
[Balas]
fiezaradzi Reply:
June 14th, 2011 at 11:39 am
biasa2 aje.. ni kes semasa bulan puasa
[Balas]
Trackback & pingback
[...] sambut dengan sebaiknya. Jangan pula ada yang ambil langkah singkat dengan pelbagai alasan untuk tidak berpuasa.. Sedangkan wanita hamil ...
Berita Terkini
Berita Popular
Komen Terkini
Copyright fiezaradzi dot com 2012
Powered by Your Inspiration Web