Lelaki vs Wanita – Siapa Lebih Awal Kahwin

Posted by

Sebut bab kahwin je, ramai suka. Suka akan perkahwinan, boleh, tapi jangan kahwin untuk suka-suka. Cuba tengok persekitaran masing-masing. Siapa yang lebih awal kahwin, lelaki kacak atau wanita cantik?

Dah tahu dah siapa? Tengok tempatlah kan, ada yang lelaki kahwin dulu, ada yang wanita kahwin dulu. Tapi apa yang nak ditulis ni, adalah berdasarkan kepada kajian berdasarkan banci Penduduk dan perumahan Malaysia 2010, sumber dari Harian Metro, 30 Julai 2011.

Lelaki Kacak vs Wanita Cantik

Beberapa fakta dari artikel terbabit:

  • Perkahwinan pertama bagi lelaki adalah dalam sekitar umur 28 tahun (28.6 tahun pada tahun 2000)
  • Umur perkahwinan pertama bagi wanita 25.7 tahun (25.1 tahun bagi 10 tahun lalu)
  • 37.8 peratus lelaki belum pernah berkahwin.
  • 32.2 peratus wanita belum pernah berkahwin.
  • Kadar lelaki sudah berkahwin 59.8%
  • Kadar wanita berkahwin 59.4%
  • Jumlah penduduk Malaysia 28.3 juta orang (23.3 juta pada 2000)
  • 91.8% wargenegara, 8.2% bukan warganegara
  • Peratus kumpulan etnik, Bumiputera 67.4%, Cina 24.6%, India 7.3% dan lain-lain 0.7%
  • Kumpulan etnik utama, 63.1% Melayu di Semenanjung, 30.3% Iban di Sarawak, manakala di Sabah Kadazan/Dusun 24.5%
  • 61.3% beragama Islam
  • 14.6 juta lelaki kacak, lebih ramai berbanding wanita cantik.
  • Kadar pertumbuhan penduduk paling tinggi ialah di Selangor, sejak tahun 80-an.

Ikut laporan, lelaki cepat kahwin sebab cepat dapat kerja, atau perkataan mudahnya, dah ada mata pencarian tetap, jadi senang nak buat belanja dan pikul tanggungjawab ketua keluarga. Wanita pula dikatakan lambat berkahwin sebab sibuk urusan kerjaya. Emm.. macam terbalik pulak kan..

Apa pun, perkahwinan adalah untuk selamanya. Jangan pandang rendah terhadap perkahwinan. Kalau cukup rasa tanggungjawab, baik lelaki atau wanita, kahwin awal atau lambat, itu bukan masalah besar.

Jadi, siapa yang korang rasa kahwin dulu? Korang ke adik korang?

@fiezaradzi.com – Ini fakta yang sempat dilaporkan, mungkin ada lagi yang tidak dibanci, jadi tak masuk rekod. Yang penting, kita semua bahagia dan hidup aman damai..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *