Lima Tips Penting Penyediaan Menu

Suka makan di rumah atau di luar? Jika soalan ini dijukan buat para suami, pasti jawapannya makan di rumah. Di samping menjimatkan, malah lebih selesa kerana berada di rumah sendiri. Lagi, lebih sedap mungkin selain dapat makan bila ada masa terluang. Anak korang suka makan apa yang korang masak?

Sebenarnya dalam penyediaan makanan, terdapat banyak perkara penting yang perlu diberi perhatian. Tidak kisah di rumah atau di luar, beberapa perkara penting perlu diberi perhatian. Baiknya masak di rumah, koranglah yang mengawal setiap bahan yang masuk ke dalam bahan makanan. Mari kita lihat lima dari banyak perkara penting itu..

Berkhasiatnutrienmenarikpilihanusaha

Pastikan makanan yang korang masak atau hidangkan adalah makanan yang berkhasiat. Seboleh-bolehnya hindarkan makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan segera. Di sini, jika korang sendiri memasak makanan tersebut memberi kelebihan kerana seperti yang saya cakap tadi, korang yang menentukan bahan-bahan di dalamnya.

Konsep piramid makanan jangan dilupakan. Jika korang patuhi konsep piramid makanan ini, sudah tentu makanan yang dihidangkan mengandungi nutrien-nutrien yang cukup dan yang diperlukan oleh tubuh, bukan sahaja tubuh korang, malah juga anak-anak atau ahli keluarga yang makan makanan yang korang hidangkan ini. Dengan tiada keciciran nutrien ini, sesiapa sahaja tidak lagi perlukan suplemen/ makanan tambahan untuk perlindungan tubuh terhadap penyakit.

Bagi yang mempunyai anak kecil, sudah tentu sedikit sukar mwngajak mereka makan, kerana pada waktu ini, mereka lebih gemar bereksplorasi atau bermain daripada makan. Lebih-lebih lagi jika mereka ini dikategorikan agak cerewet. Bagi kes ini, korang perlulah lebih kreatif, tetapi tidaklah perlu seperti pemilik Apple Inc yang sangat kreatif atau pemilik Air Asia, Tony Fernandes. Cukuplah dengan mempelbagaikan warna-warna makanan di dalam pinggan anak korang, cukup untuk menarik mereka makan dengan gembira. Juga cuba hias makanan mereka dengan sebaiknya dan menarik pastinya. Dengan ini, pada mereka waktu makan adalah perkara yang terbaik dalam kehidupan seharian mereka.

Jika anak korang kurang gemar makan, mungkin juga sudah bosan. Bukan bosan dengan korang, tetapi dengan makanan yang korang sediakan untuk mereka. Ye la, bayangkan, tiap-tiap hari masak telur dengan sayur lobak, mana tidak bosan mereka ini. Sudahlah tiada rasa lain, malah rupa lain juga tidak kelihatan. Jadi, sebolehnya lebihkan pilihan. Mungkin hari ini ikan goreng, esok sup ayam, lusa lain pula. Tapi kalau anak korang macam upin ipin, memang ayam gorenglah yang dicari setiap hari. Tapi rasanya bukan kot, jadi pelbagaikanlah menu setiap hari.

Jika anak korang kurang gemar makan sayur-sayuran, bukan bermakna mereka langsung tidak perlu makan sayur-sayuran. Di sini, kekreatifan sekali lagi. Cuba hiaskan sayuran itu dengan pelbagai rupa dan bentuk. Jika hari ini sayur-sayuran itu ditolak anak korang, mungkin esok lusa mula menyuap ke mulut. Lama-kelamaan, sayur-sayuran bukan lagi ‘makhluk asing’ buat anak-anak korang. Kalau anak korang tidak suka ikan, mungkin korang boleh buat bergedil ikan yang penuh dengan sayur, ikan, ayam dan sebagainya..

Apa kata korang cuba lima perkara ini. Mana tahu, perubahan mungkin berlaku.. Cuba jangan tak cuba.. Bak lagu faizal tahir, coba kau coba..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge