Mandi

Posted by

Mandi tak pagi tadi? Ke belum mandi, tapi terus menghadap blog? hehee… Mestilah mandi kan tiap-tiap hari. Kalau tak, mahu bau satu rumah. Sebab apa kita mandi ek? Ke sebab dari dulu macam tu, so dah jadi amalan biasa? Sebenarnya mandi ni ada kelebihannya.

Kredit: epkhas.ses.usm.my

PENTINGNYA MANDI

  1. Bersihkan tubuh badan
    Bila mandi dan bersabun, segala kekotoran akan turut dinyah keluar dari permukaan kulit. Jadi segala debu, kekotoran atau bahan pencemar pada badan dapat disingkirkan.
  2. Menyegarkan badan
    Bila badan yang melekit pasti akan segar bila terkena air dan sabun. Lebih menarik kalau mandi berserta dengan adanya aroma terapi kan? Pasti lebih segar.
  3. Supaya tiada bau
    Bayangkan jika seminggu anda tidak mandi. Apa agaknya rakan sebelah cakapkan? Paling kurang rakan anda hanya angkat kaki bila anda ada di sebelah.
  4. Buang racun
    Badan ada racun? Biar betul.. Cara membuangnya adalah dengan mengambil serbuk susu (segenggam) dan digosokkan pada badan secara gerakan melingkar (macam buat bulatan) di bawah aliran air sederhana panas. Amalkan selalu, insyaallah, kulit akan segar dan sihat.
    – Susu ada asid laktik yang boleh diserap badan, seterusnya dapat membuang racun-racun yang terdapat di bawah permukaan kulit.
  5. Menghilangkan stress
    Ada sesetengah individu yang mampu menghilangkan stressnya apabila mandi. Mungkin kerana air yang sejuk dan nyaman mampu menyenangkan hati yang dalam tekanan.

Jadi jangan ragu-ragu nak mandi ye.. Jangan kerana air sejuk sehinggakan keluar rumah pun tak mandi, apatah lagi bila hujan melanda…

@fiezaradzi.com – petua orang dulu-dulu, kalau selsema jangan mandi pagi.. berkesankah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *