Membuat Domain Sendiri – Bahagian 2
2010
Salam buat semua. tup-tup dah hari Jumaat ye.. Nampaknya entry saya sebelum ni ada peminat.. Heheee.. terima kasih kawan-kawan. Saya tau, kat luar sana masih ramai tak tahu nak buat blog ber’domain’ sendiri ni macam mana. Macam saya dulu jugak.. Memang nak, tapi tak tahu macam mana..
Jadi, dah fahamkan apa yang perlu difahami? Kalau macam tu, kali ni kita tengok plak ek macam mana nak buat. Oh ye, ini langkah ringkas ye, buat yang baru nak tahu. Kalau dah otai, mungkin lebih hebat kan…
LANGKAH MEMBINA BLOG
- Kenal pasti tujuan membina blog. Ini penting untuk pemilihan nama. Jika untuk personal, nama sendiri boleh digunakan, atau ikut suka anda. Contohnya, blogakublogakula.com. Tapi kalau untuk perniagaan, buat domain yang mampu menghubungkan nama dengan perniagaan, contohnya, pampersanak.com
- Buat survey untuk domain dan hosting provider. Provider ni memang banyak, yang dalam Malaysia pun ada. Setakat yang saya tahu & disarankan, seperti Exabytes, Serverfreak, JomHosting, Sepaku Hosting, BaitulBytes dan banyak lagi. (boleh tanya pak cik google ye..) — Sila survey lebih, sebab kadang-kadang de yang sedikit problem, nanti susah pula nak update blog & susah pelawat nak datang.
- Beli domain dan hosting provider. Bila dah tahu kat mana nak beli, beli la sebelum domain pilihan anda dikebas orang. Boleh check di website provider untuk harga, sebab de pro dan kontra bagi setiap provider. Oh ye, selain blog dot com, dot net atau dot org juga boleh digunakan.
- Kena setup wordpress. Yang ni, kalau rasa malas dan tak tahu, boleh ajer mintak ‘servis setup’ orang yang lebih arif dalam bidang ni. Ada juge ebook dari Sifu Zul iaitu Pakej Kit Blogger (begitu berbaloi-baloi jika memilikinya).
- Upload widget/plugins/apa saja aplikasi yang anda rasa ingin nak disiarkan pada blog. Dalam hal ini, perlu install FileZilla, atau guna fungsi Add-ons pada Firefox atau boleh buat dari CPanel anda. — CPanel memang ada bila anda membeli domain dan hosting.
- Mula menulis. Tulislah apa sahaja yang anda mahu di blog. Itukan blog anda sendiri.
- Boleh di war-war(bukan war- perang ye..)kan kepada rakan taulan. Promote la blog kepada sesiapa sahaja.
Secara ringkasnya, itu lah cara membuat blog ber’domain’ sendiri. Jadi, tunggu apa lagi, mulakan langkah pertama anda. Anda tidak akan bermula selagi anda hanya tercegat di situ.
@fiezaradzi – kalau setakat blog personal yang simple, langkah 4 & 5 tu saya boleh tolong buatkan… hehe..

la..kena bayar rupanya, ikut bulan2 ke cmne?
.-= fateen´s last blog ..hah..pening =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
February 6th, 2010 at 6:07 pm
@fateen, haah fateen, kena bayar.. tgk pda provider la.. bayar masa buat tu bayar, then dapat.. setahun sekali le kiranye..
[Balas]
ehem ehem.. rase nyer bukan war war… tapi “uar uar”
huk huk ^^
[Balas]
fiezaradzi Reply:
February 8th, 2010 at 11:48 am
@todin, ye ke todin.. ah.. baru aku tau hari ni… hahhaa..
[Balas]
terbaek punye entry!!
yang sepaku tuh, saya dah pakai dah…tapi hampeh pun service..sia2 jer murah..apa la nasibku…
.-= Maliq´s last blog ..Hidup Seorang Blogger =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 13th, 2010 at 1:13 pm
@Maliq, kan.. mmg pun.. saya pun dah tukar… malas tul pikirkan blog asyik tak bleh bukak.. huhuu
[Balas]
nak tanya out of topic jap, saya pun guna commentluv, tapi semasa di main page comments yang ditulis ‘comments (0)’ sedangkan dah ada comments dlm tu.. apa yg saya salah ye?
.-= Zul´s last blog ..Siaran baru Alhijrah di Malaysia =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
November 5th, 2010 at 1:38 pm
@Zul, saya kurang faham denagn soklan ni.. main page tu di web commentluv atau di mana?
[Balas]
maksud saya semasa di main page blog. Sebelum saya tekan ‘read more’, xde pun di tuliskan jumlah komen. Lepas klik ‘read more’ baru lah ade ruangan komen dan jumlahnya sekali.
.-= Zul´s last blog ..Malaysia Ada Nyamuk Mutant =-.
[Balas]
Trackback & pingback
No trackback or pingback available for this article
Berita Terkini
Berita Popular
Komen Terkini
Copyright fiezaradzi dot com 2012
Powered by Your Inspiration Web