Assalamualaikum,
Bertemu kita untuk edisi kewangan, bahagian hutang. Ingat tak entry masa contest lelaki kacak tentang hutang tu? Kali ini kita tengok bagaimana sesebuah bank menentukan anda layak untuk berhutang dengan mereka atau tidak. Biasanya bank ada kaedah pengiraan mereka untuk menentukan hal tersebut.
Bagaimana Mengira Hutang?
Menggunakan nisbah hutang kepada pendapatan. Dengan itu sama ada kita berhutang terlalu banyak atau tidak boleh diketahui. Kita tengok contoh (hari ini belajar matematik sikit ek..):
Pendapatan bulanan kasar = RM5000
Pembayaran balik pinjaman secara tetap = RM1000 (setiap bulan)
Pengiraan hutang = (RM1000/RM5000) x 100 = 20%
Biasanya nisbah hutang kepada pendapatan, paling maksimum yang boleh diterima adalah 30%. Jika bawah dari ni, silap hari bulan, bank yang kejar untuk beri pinjaman kepada anda. Macam-macam bank boleh tawarkan.
Satu lagi, jika pendapatan berubah-ubah (contoh blogger sepenuh masa), pendapatan purata boleh diguna pakai.
Kebanyakan institusi perbankan akan mengambil kira nisbah ini ketika membuat pertimbangan terhadap permohonan pinjaman, pinjaman perumahan mungkin.
Jadi, jika ada yang gagal permohonan pinjaman atau ingin memohon, bolehlah jadikan ini sebagai rujukan. Tapi, ini pun ambil dari bank tau..
@fiezaradzi.com – Tak pakai kad kredit, boleh kan?



{ 21 comments… read them below or add one }
elakkan mengambil hutang unless betul2 perlu
post terbaru sharinginfoz ..Wang Kertas Siri Baharu Mulai 16 Julai 2012
Hutang akan menjadi riba. Sebaik2nya elakkan tapi PH nak sambung belajar nanti kena buat pinjaman RM10k juga
post terbaru ProfHariz ..Didikan Ibu Bapa Masa Kini
dulu pernah pakai kredit kad..lepas tu cancel..tapi rasa perlu guna,apply balik..yg penting pndai berhutang,pandai bayar balik..
ada formula rupanya..
yelah.. kalo buat bisnes sendiri…
pendapatan turn naik tak menentu…
so perlu simpanan utk backup…
post terbaru Hairul Hissam ..Kongsi Resepi Kuih Raya dan Juadah Berbuka Puasa | Hadiah Keychain Dan Wang Tunai
pernah jugak kena ‘kejar’ dengan bank nak suruh buat loan la, kredit kad la..
tapi rasa cam tak patut pulak bila difikirkan panjang..
kot nanti tak sempat nak bayar udah jalan dulu, kesian lak waris2 nak kena uruskan semua tu..
post terbaru pipoq ..Peluang
risau jugak nak buat hutang takut tak terbayor.
kalau pandai jaga, memang takde masalah punya.
post terbaru titan ..Laptop gua masuk hospital lagi..
Menci hutang.. tapi kalau terpaksa kena juger.. mana nak cekau
bayar duit keta cash.. hik3..
post terbaru nurmisnan ..Kopi belajar mengira jam
Hutang ni kalau dibuat dia akan jadi ketagih. Lagi2 kad kredit. Elokla tak guna kad kredit.
post terbaru Cikgu Hairul ..Persediaan Sebelum Melangkah Kaki Ke IPTA
pengurusan pembayaran hutang perlu dibuat teratur.. kalo tak.. tutup lubang buka lubang la jawabnya huhu
post terbaru aimannajmy ..Melukis karikatur dengan Samsung Galaxy S2 part 1
aku pon baru tahu pasal syarat nisbah hutang 30% tu masa dok sibuk usya orang nak beli kereta.. sekarang ni bank dah ketatkan syarat pinjaman lagi susah rasanya -.-
post terbaru topo ..6 Tips Mengembalikan Semangat untuk Menulis Blog
@topo, itulah, dgr susah sikit ye skg ni nak dapatkan pinjaman kete skg ni.. susah jugak ye.. lau time saya beli rumah dulu, bank yg cari kta
“Biasanya nisbah hutang kepada pendapatan, paling maksimum yang boleh diterima adalah 30%. Jika bawah dari ni, silap hari bulan, bank yang kejar untuk beri pinjaman kepada anda”…
Hmmm.. biasalah.. bank cuma pinjam pada org yg mmg ada duit dan bukan yg perlukan duit
post terbaru Dulu Lain Sekarang Lain ..Blogging Itu Kerja Sia-Sia
@itulah kan.. itu yg ramai cari ah long tu ye.. apa nak buat, bank kena buat utk kelangsungan mereka…
hutang ptptn je tak habis bayar lagi. huhu
post terbaru eiela ..Pucuk Ubi Punca Kambing Sakit Perut
@eiela, ok lah tu ptptn je.. ni ada kereta dan rumah.. moga kita cepat2 habiskan hutang
wahh bila la nk merasa gaji rm 5 ribu tu..haiya..namun rezki tetap kena bersyukur kan byk mana kita dapat pun..hehe..perkongsian ilmu matematik yang berguna…
post terbaru Hafizul ..Pancing SEO Dengan Umpan Lagu Pondok Kecil
@Hafizul, itu contoh je.. haha… bila lah kan.. .hehe.. belajar matematik jap
aduh, ternampak tajuk tiba-tiba terfikir – jika diri ini ada berhutang, sama ada kecil atau besar.
post terbaru iAwani ..Beats Beli Semula Saham Dari HTC
@iAwani: lau tak de keperluan, tak yah berhutang,kan? lebih baik..