Review Buku | Mustafa Kamal Ataturk

Posted by

Tajuk Buku: Mustafa Kamal Ataturk

Penulis: Abdul Latip Talib

Penerbit: PTS Litera

Harga: RM25.00

Assalamualaikum semua,

Baru sahaja selesai membaca buku, satu lagi novel sejarah karya Pak Latip lagi. Dalam entry ini saya janji nak review buku Mustafa Kamal Ataturk kan? Rasanya ramai dah tahu siapa Mustafa Kamal Ataturk ni. Tapi kalau baca buku ini rasanya akan lebih jelas siapa sebenarnya Mustafa Kamal Ataturk ini.

Menurut buku ini, Mustafa Kamal Ataturk sebenarnya adalah yahudi dunamah, iaitu Yahudi yang pada zahirnya mengaku beragama Islam, tetapi mereka masih lagi berpegang dan mengamalkan ajaran yahudi. Menurut penulis juga, siapa sebenarnya ayah kandung Mustafa Kamal Ataturk masih kabur. Kenapa boleh terjadi hal ini? Korang kena baca.

Mustafa Kamal Ataturk lahir pada tahun 1881. Pada ketika itu Negara Turki dan kebanyakan umat Islam Turki tidak lagi berpegang kuat pada ajaran Islam seperti dahulu. Ada antara pemimpin minum arak, mabuk suka berpoya-poya dan ada juga askar yang tidak menunaikan solat. Menurut negara barat, peluang tersebut adalah peluang terbaik dari negara bukan Islam untuk menguasai Turki.

Penegak Agenda Yahudi

 photo mustafakamalataturk_zps6c4eca8f.jpg

Ramai antara pembesar berpendidikan barat dan menganggap untuk negara Turki maju, pemimpin, rakyat dan negara itu sendiri perlu mengikut cara Barat dan Eropah. Mustafa Kamal Ataturk adalah antara pemimpin yang berfikiran begitu. Padanya, jika rakyat berpandukan agama, Turki akan terus ketinggalan dan mundur.

Sejak kecil Mustafa Kamal Ataturk sudah menunjukkan sifat beraninya dan sifat ingin menang. Ada kalanya dia memukul kakaknya hanya kerana kalah lumba lari. Semua permintaannya ditunaikan oleh ayahnya sejak kecil hingga dewasa. Ketika dia menyatakan ingin memasuki sekolah tentera dan menjadi pemimpin suatu hari nanti, permintaannya itu ditunaikan oleh ayahnya, walaupun ibunya berharap agar Mustafa Kamal Ataturk menjadi tokoh Islam yang terkenal.

Ketika berlakunya peperangan, Mustafa Kamal Ataturk terlebih dahulu menemui pemimpin askar musuh dan berbincang supaya memperlihatkan agar Mustafa Kamal Ataturk yang menang peperangan. Ia dibuat dengan Mustafa Kamal Ataturk menawarkan beberapa faedah kepada pihak musuh dan pihak musuh perlu berpura-pura berperang, kemudiannya berundur seolah-olah kalah peperangan. Hal ini dapat menaikkan nama Mustafa Kamal Ataturk di peringkat lebih tinggi.

Mustafa Kamal Ataturk juga adalah orang yang bertangungjawab dalam menjatuhkan sistem Khalifah Islam, iaitu Khalifah Uthmaniah ketika itu. Negara barat sangat menyanjunginya kerana usaha bertahun malah berabad lamanya yang dilakukan oleh mereka langsung tidak berjaya menghapuskan sistem khalifah ini, tetapi Mustafa Kamal Ataturk dalam melakukan dalam masa yang singkat. Tambahan pula ada golongan muda Turki dan yahudi bersatu sehingga sanggup membuat rusuhan dan memfitnah bagi menjatuhkan Sultan yang merupakan khalifah ketika itu.

Banyak lagi perubahan yang dilakukan Mustafa Kamal Ataturk ke atas negara Islam Turki seperti tidak membenarkan azan dilaungkan dalam bahasa arab, tetapi dibenarkan dalam bahasa Turki, masjid-masjid dan sekolah agama ditutup, sekolah dan pendidikan Islam tidak dibenarkan di sekolah, Al-Quran perlu dibaca dalam bahasa Turki, lelaki dan perempuan dikehendaki berpakaian seperti orang barat dan lain-lain lagi. Kena bacalah kalau nak tahu.

Buku ini memang menarik sehingga boleh membuatkan korang rasa keadaan sebenar yang berlaku dan bagaimana proses Mustafa Kamal Ataturk naik takhta dan menukarkan Turki kepada sebuah negara republik. Kelicikan Mustafa Kamal Ataturk dalam berpura-pura akan mengembalikan Islam jika dia memrintah ternyata menaikkan namanya di mata dunia. Apa kesudahan yang berlaku kepada Mustafa Kamal Ataturk? Apa yang terjadi sebelum, semasa dan selepas kematiannya? Dapatkan buku ini sekarang di sini.

Buku ini adalah satu panduan untuk kita renungkan, bagaimana murahnya maruah agama apabila dunia menjadi matlamat.

@fiezaradzi.com – Boleh rasa geram sangat kat Mustafa Kamal Ataturk dan pemerintah lain bila baca buku ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *