My Sweetie

Assalamualaikum,

Roti kecil Sweetie. Korang pernah makan tak roti kecil ni? Dalam banyak-banyak roti, rasanya ini roti kecil yang paling sedap. Kalau tak sedap, mesti anak-anak 2 orang tu tak makan. Tapi yang bestnya, setiap kali beli, paling kurang 2 pek dalam sehari atau dua, budak kecik tu boleh habiskan sekejap je.

Ada sekali tu, si kecil adik tu makan sorang, tinggal seketul je. Kuat makan roti anak-anak ni. Kalau dulu, suka sangat roti wholemeal letak kacang dan coklat, sekarang ni nak mudah, memang roti ni jadi pilihan. Serius sedap, boleh korang try lepas ni. Malam tadi, sempat lagi makan sebungkus sebelum tidur. Penat si emak ni sorokkan, sebab dah nak tidur kan. Tapi si kecil tu jumpa juga. Walaupun dah makan nasi masa berbuka, tapi bila nampak roti ni, tetap nak makan.

 photo rotikecilsweetie_zps2e65f597.jpg

“Haiz nak makan oti ni la mama. Haiz lapar (Hariz nak makan roti ni la mama. Hariz lapar),” selamba je dia cakap. Si emak ni, dengar lapar, buka jugaklah. Apa lagi si kakak pun join juga. Boleh dikatakan hampir setiap hari jugaklah mengadap roti ni. Selagi ada dua makhluk comel ni, roti kecik ni tetap jadi pilihan.

Tapi, serius sedap. Nak yang perisa coklat tu, penuh je coklatnya. Korang jangan lupa cuba nanti ye.

Orang kata tips tak nak anak baru lahir dapat jangkitan kuning, masa mengandung tu makan roti banyak. In shaa Allah, susah nak kena kuning (jaundis). Masa anak kedua, memang suka makan roti. Walaupun saya darah O, anak darah A, memang rendah sangat bacaan kuning. Tak de lah kiranya. (Misi kata kalau mak dan anak berbeza darah, senang anak dapat jaundis).

@fiezaradzi.com – Si abah dan si mama sibuk mengira perbelanjaan keluar beli roti. Sebungkus RM1.50, sehari dua bungkus, kalau sebulan, berapa ringgit. Kira cepat..

4 Comments

  1. http://www./ 25 August 2016 Reply
  2. Coralie 22 July 2016 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge