Olimpik dan Bendera Kita

Posted by

Assalamualaikum,

Olimpik masih berlangsung, dan masih ada wakil negara kita yang bertarung di temasya itu. Ada yang tak tengok saat-saat LCW bertemu Lin Dan hari tu? Sungguh mendebarkan, kita yang tengok kat rumah pulak rasa berdebar-debar. Debaran tu akhirnya tamat bila LCW sekali lagi kecundang di tangan musuh ketatnya, Lin Dan. Sedih la pulak, tetapi nasib tidak berpihak kepada LCW. Terima je lah..

Sungguh pun bergitu, impian untuk tengok bendera Malaysia dinaikkan dalam upacara penyampaian hadiah, tercapai. Walaupun sekadar nombor dua, tetapi ada jugak naiknya. Ingatkan bakal naik sekali lagi melalui Azizulhasni Awang, tetapi nampaknya kena tunggu lain kali.

olimpik2012badminton

Renang masih lagi berlangung. Mampu ke tak kita bawa pulang pingat kali ini, atau kita sekadar ada satu pingat perak untuk Olimpik kali ini? Sama-samalah kita tunggu hingga habis acara yang melibatkan Malaysia. Apapun, buat atlet-atlet kita yang mewakili negara, tahniah kerana di saat mereka mewakili negara itu pun dah cukup bagus. Mungkin kudrat dan semangat kita perlu lebih untuk merangkul pingat di lain masa.

LCW terlepas jongkong emas, tapi ada orang nak bagi duit raya

Ini yang sempat snap dari tv. Sedih..

"tengku imran"Tengku Imran, anggota IOC, yang menyampaikan pingat untuk badminton

badminton olimpik

Sebelum penyerahan pingat

penyerahanpingatDramatik tul, kalau lah LCW dapat emas, mesti best

pingat badmintonLCW sedih dapat perak je

pingat olimpikKedudukan pingat, emas Lin Dan, perak, Lee Chong Wei dan gangsa, Chen Long

Maaf ye, gambar ambil guna hp je, itu yang blur dan cahaya bagai..

@fiezaradzicom – semangat sungguh tengok atlet kita bertarung di sana, sampaikan anak pun kenal mana satu Malaysia..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *