Sepi Tanpa Cinta, Sunyi Tiada Berita

Assalamualaikum, 

Lama tak ber’update’ blog ni kan.. Kalau perasan, sejak 6hb, entry terakhir tu, renungan jumaat yang last hinggalah ke hari ni kan. Bukan sebab malas, atau sengaja mencari alasan, tetapi memang ada sebab kenapa blog membisu tanpa sebarang khabar dan kata-kata. 

Mulanya disebabkan oleh keadaan internet yang tidak mengizinkan. Yalah, kalau nak dibandingkan dengan Unifi yang hebat sekarang ni, memanglah macam kura-kura dengan dengan arnab, nasib baik bukan macam arnab dan siput kan.. Tapi bukan setakat siput je, tapi tak de apa yang boleh dibandingkan, sebab line memang kong sungguh.. Jadi senyaplah kami tanpa berita.. Tanpa internet, siapalah blogger kan. Tapi kalau setakat internet tu, kira ok lagi lah kan. Ada satu sebab yang membuatkan tidak boleh tidak berkompromi langsung. nak tahu apa sebabnya? Sila tunggu ye… Nanti kita cerita… 

@ fiezaradzi.com – nak cerita sini macam panjang sangat.. jemu orang membaca kang…

Renungan Jumaat #1

Sekadar renungan bersama,

terima kasih daun keladi

Terjemahan ayat 271, Surah Al-Baqarah:

Sekiranya kamu memperlihatkan sedekahmu, perkara itu baik. Sekiranya kamu bersedekah kepada orang fakir dan kamu menyembunyikannya, itulah yang lebih baik bagi kamu. Allah menghapuskan sebahagian kesalahan-kesalahanmu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Baca Selanjutnya »

Anak Oh Anak..

Anak oh anak.. Budak-budak ni kalau tak dipantau, macam-macam kerja dia boleh buat. Dari berimaginasi ada kawan bermain masak-masak hingga ke berlari kejar-kejaran hingga pecah pasu bunga. Ni contoh je ye.. Ada juga kes menconteng aka mencalarkan kereta mak ayah seperti yang pernah dibaca melalui emel. Ada juga kes meniru aksi superhero seperti superman. Macam-macam..

Baca Selanjutnya »

Selamat Tinggal 2011

Assalamualaikum,

Pejam celik, pejam celik, dah pun penghujung tahun 2011. Macam-macam perkara berlaku sepanjang tahun 2011 dalam hidup fiezaradzi. Saya percaya kawan-kawan pun macam tu kan.. Awal tahun bermula dengan kehadiran ahli keluarga baru dalam hidup kami. Ye, lahir seorang putera untuk menambah rencam hidup kami sekeluarga.

Macam-macam perkara lagi berlaku. Yang gembira, yang sedih, semua bercampur manjadikan rencah hidup kita semua. Yang paling terasa kehilangan seorang yang amat dikasihi, ayah mertua yang pergi secara tiba-tiba. Sungguh, baru lagi terasa kebahagiaan menyambut hari raya bersama. Tapi, apakan daya, arwah abah lebih disayangi Allah.

Apa pun, perkara baik dan kehilangan tidak pernah lari dari kita. Semua itu urusan Dia yang maha Esa, kita hanya merancang, Dia yang tentukan. Apa pun yang berlaku, kita sebgai hambanya, terima seadanya.

Selamat tinggal 2011, selamat datang 2012. Moga tahun 2012 menjadikan kita insan yang lebih cemerlang dan terbilang. Sama-samlah kita majukan diri untuk kehidupan yang lebih baik.

@fiezaradzi.com – Baik buruk kehidupan menjadikannya indah untuk dikenang. Life is beautiful…

Harapkan Pagar, Pagar Dilanggar Jentolak

Petang semalam, dapat satu berita yang kurang best. Dah jadi adatlah kan, mak bapak yang kerja ni kena la cari orang atau tempat lain untuk jaga anak, sementara mencari rezeki untuk beberapu suap nasi kan.. Pilihan yang kami ada, hantar ke taska yang berhampiran tempat kerja. kalau ada kecemasan, boleh cepat-cepat sampai.

Termasuk tahun 2011 ni sudah hampir 3 tahun lebih kami ulang-alik menghantar anak ke taska. Boleh dikatakan semua cikgu di situ kami kenal, walau pun tidak serapat mana. Paling kurang boleh kami harapkan sepanjang ketiadaan kami di sisi anak-anak. tetapi, petang semalam, telah meragut keselesaan kami yang selama ini bertahkta di hati.

Baca Selanjutnya »


Geng Kedai,gengkedai.blogspot.com,direktori blog malaysia