cantik dan kemas selalu

Posted by

Mood untuk mengeluarkan entry sedikit terbantut, mungkin kerana mood nak balik kampung lebih menguasai. Macam mana dengan 10 malam terakhir kita? Sama-samalah kita hiasi dan meriahkannya. Ameen. Dan di akhir-akhir minggu berpuasa ni, para ibu dan ayah terutamanya dan anak pada amnya tentu sibuk buat persiapan nak raya kan..

Bagi rumah untuk sentiasa kelihatan cantik dan kemas, tak semestinya perlu tukar baru semua. Walau pun bila tengok deko idaman selebriti kat TV3 tu, meluap-luap rasa nak suruh Azhar Sulaiman tolong tukarkan rumah dengan free juga.. Haha.. Sememangnya kalau ada anak kecil yang suka main, kemas-kemas, sekejap je la, lepas tu, berterabur menghiasi lantai.. Macam mana nak kemaskan rumah atau kediaman masing-masing?

Pastikan ruang rumah dikemaskan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Mana la tau, nak-nak yang berkerjaya. Balik, dah penat. Jadi hujung minggu je pun ada tenaga. Habuk makin banyak sekarang kan? Jadi, rajinkan untuk menyapu sampah sebagai rutin. Bukan boleh sapu sampah saja malah habuk-habuk sekalian.

Mop lantai jika lantai jenis yang boleh dimop. Sekurang-kurangnya lantai lebih bersih, lebih cantik berkilat, lebih bersinar, lebih kurang lekitan akibat tumpahan susu anak dan juga lebih wangi. Gunakan sabun pembasmi kuman bersama haruman, lebih baik lah katakan.

Sediakan bakul sampah, sebaiknya di bahagian dapur atau di luar rumah. Dan pastikan sampah dibuang setiap hari. Jangan simpan seminggu baru nak buang. Lagi haru kalau ada bahan buangan ikan atau ayam. Peh, bau…

Atur perabot dengan sebaiknya. Lebih baik jika ruang nampak besar, supaya hati pun turut berasa lapang. Susun atur dalam ruang rumah amat memainkan peranan penting.

Tempat simpanan khas atau stor perlu ada bagi menyimpan barang-barang yang kurang atau yang sudah digunakan seperti surat khabar. Nak jual balik, tiada masalah. Tetapi untuk menunggu upah berbaloi jual semula, silap-silap mau cecah 100 ringgit, perlu tempat simpanan yang lebih teratur.

Cuba lihat di atas siling rumah. Ada nampak sawang? Jika ya, silalah rajinkan tangan untuk buang dan bersihkan sawang-sawang yang ada. Bukan setakat di siling, malah di dinding-dinding, barang hiasan, mahupun rak-rak yang penuh ruang rumah.

Mahu rumah menjadi tempat yang tidak boleh ditinggal? Sediakan haruman aroma terapi yang mampu menyegarkan perasaan bila berada di ruang rumah. Kalau ada, mood nak update blog pun boleh terjadi di ruang tu. Tetapi, jika gunakan yang jenis lilin, pastikan jauh dari capaian internet anak-anak kecil. Kang terbakar rumah, memang wangi sungguh la..

Akhir sekali tiada makna usaha jika seorang mengemas, seorang lagi menjadi tukang menyepah saja. Jadi kerjasama antara ahli keluarga atau ahli rumah adalah sangat penting. Apa yang penting? Jawab sendiri…

Teringin gak nak tukar langsir yang dah lama tak bertukar.. Nanti-nantilah, sebab bukan raya kat sini pun.. Hehhe..

Gambar diambil dari majalah wanita, bil. 1142. Artikel asal sebelum diolah dari Mingguan Malaysia, Mei 2010.

@fiezaradzi.com – Asal lepas kemas je, bersepah balik rumah.. Bersepah dengan segala jenis mainan..

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *