Part #2 – Ladang Strawberry

Posted by

"peta brinchang"

Dah baca part 1 punya? Hari ni sambung part 2 pulak ye. Lama betul nak tunggu part 2 kan? Okay, hari kedua kami di Cameron highland. Disebabkan hari pertama kami jumpa abang kedua saya di Cameron highland, jadi kami pun cadang dan janji nak pergi jalan-jalan bersama-sama. Lagi pun, dia memang biasa jalan-jalan kat CH ni.

Pagi tu lepas makan pagi di food court yang berdekatan, kami jalan-jalan kat brinchang dulu. Ha, makan soto pagi tu, sedap jugak, hinggakan anak lelaki yang tak berapa cemerlang kesihatan tu, pun makan banyak. Memang memilih sikit budak kecik ni, kalau dia tak sihat. Kalau tak ada rasa apa, tak nak makan dia.

Β Jalan-jalan cuma di sekitar hotel tu. Ada ct craft center, yang jual macam-macam seni kraftangan. Dulu ada jugak membeli sebiji pasu macam kayu tu, tapi kali ini kami hanya masuk, tengok-tengok dan keluar.. πŸ˜‰ Memang sungguh berjimat-cermat kan.. Kemudian kami pergi ke Pasaraya Jimat, beli roti dan juga coklat sebab si kakak dah nampak. Pandai sungguh kakak cari ye.. Bab coklat, memang cepat je.

Masa jalan-jalan kat sekitar tu, ada jugak la survey barang-barang tertentu. Walau pun tengah bercuti, tapi nak membeli kena lah bijak jugak kan. Dah jalan-jalan, sampailah dekat depan hotel, kat situ de satu gerai jual teh, anak-anak patung, magnet, dan macam-macam lagi lah. Bila tanya sekali kat si kakak, nak ke tak nak patung macam strawberry tu, senyap je. Budak ni memang jenis susah nak mintak barang. Tanya 3 kali jugak, then baru dia kata nak. Kalau tak nak, tak payah beli, rugi je. Tapi dia nak,oklah. Katanya tu baby dia. Suka hatilah kakak. Moga kakak jadi feminine sikit.. Haha,.. sungguh jahat mama..

Nak tahu macam mana baby annur? Tengok gambar bawah ni..

patung strawberryBaby annur yang terbiar sepi sekarang

Lepas tu kami pun pergi ke ladang strawberry, dekat tanah rata, Healthy Strawberry Farm. Ni ikut abang la kan, dia biasa pergi. Tempat ladang ni betul-betul berhadapan dengan rumah persekutuan. Rumah Persekutuan ni boleh ditempah oleh pekerja kerajaan kalau nak ke CH. Memang murah kadarnya berbanding hotel lain. Kat CH ni tak tau lah, tak pernah masuk, tapi kalau kat Langkawi tu pernah, dan bilik hotelnya memang terbaik..

Sambung cerita, kat ladang strawberry ni kami pekena secawan ais kerim coklat dengan ada isi strawberry. Memang sedaplah, best. Mak dgn abahnya makan sikit je, sebab budak-budak kecik tu je yg makan lebih. Coklat, aiskrim, strawberry, kombinasi yang paling kanak-kanak suka. Gambar ais krim, lupa nak ambil sebab sibuk nak makan. Yang tak de kat ladang ni cuma coklat berperisa strawberry macam 1st time kami datang dulu. Kalau dulu, kami pergi yang dekat brinchang tu je, pe nama tah, tapi kat situ leh ambil gambar muka kita, tapi badan pula gambar strawberry.. Memang gemuk tapi sweet. (kononlah, ahak..)

"peta brinchang"Kalau nak ke Health Strawberry Farm ni, korang tengok no 26 dalam peta. Ikutlah peta tu. Klik untuk besarkan dia ye..

Tapi macam biasalah, kalau ramai susah sikit nak parking keretanya. Kalau nak senang, kita sewa rumah persekutuan, tiap-tiap hari boleh pergi. Oh ye, masuk adalah percuma. Masa kami pergi tu, kebetulan buah strawberry tak banyak kot, jadi tak boleh lah masuk untuk petik sendiri. Masa pertama kali datang, boleh masuk petik, larat ke tak nak membayar ye la.

Kalau nak jadikan memori indah, apa salahnya, kan? Bila nak tau buah strawberry banyak tu, korang tanyalah sesapa yang duduk CH. Tak pun yang selalu pergi CH. Cuba tanya. Tak pun tanya tokey tempat korang tidur. Dia tau agaknya.

Kalau nak pergi tempat yang sediakan hotel dan ladang pun ada. Korang carilah ye. Kalau ada, senang, boleh petik dari tepi rumah jer πŸ˜‰

Nak layan lagi gambar? Layan je la mana yang ada, okey tak?

annur alesyaDengan sepupu yang muda setahun

bungaBunga cantik tak?
annur alesya2Kerja ambil gambar je..
bunga rosLagi bunga cantik
annur dan bungaTak lepas-lepas baby tu dari annur, baru lagi.. fresh dari ladang..
mak2 dan anak2Ni gambar mak-mak dengan anak-anak masing-masing
muka orang badan strawberryNi gambar lama, masa tu annur dalam perut, 5 bulan. ‘Sweet’ kan? πŸ˜‰

Mesti korang dah bosankan? Tak kisah pun.. Okeylah, lain kali kita cerita part 3 pulak.. Banyak sungguh ni, aiyoo.. Bila nak habis tah.. Ikut mood lah. Apa pun, percutian di CH ni memang menarik, walaupun cuaca dah kurang sejuknya.. Niat untuk tunjukkan yang terbaik untuk anak-anak, agar mereka hargai alam sekitar yang cantik, ciptaanNya yang hebat.

@fiezaradzi.com – Gambar si abah, tak nak upload katanya, malu lah tu.. Tak de nye hilang kacak tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *