Part #3 – Ladang Teh

Posted by

Assalamualaikum,

Lama tul nak update part 3 percutian Cameron Highland. Percutian tu pun dah basi dah. Edisi 2 hari tu cerita kat ladang strawberry. Personally kalau saya, saya suka ladang strawberry yang dekat Brinchang. Sebab boleh bersantai-santai, walaupun kena naik tinggi sikit. Kalau dulu dalam perut 7 bulan baby boleh naik, sekarang tentu boleh jugak. Tapi hari tu bawak 8kg budak kecik kat tangan, macam mana tu? Ikutlah.

Dah puas ambil gambar kat ladang strawberry, (opss lupa pulak, hari tu pergi tak boleh masuk petik-petik sendiri lah, sebab buah strawberry tak banyak kot), kami pergi pulak ladang teh. Singgah dulu kat Cameron Valley , Bharat Teh tu, tepi jalan besar. Kalau nak tahu Cameron Valley ni ada 2 tempat singgah, dua-dua tepi jalan besar. Dulu kami singgah yang atas sikit. Kali ni yang satu lagi pulak.

Cameron valleyCameron valley

Cameron valley 2Teh Bharat

cameron valley3Mak-mak dan anak-anak

cameron valley 4Cameron Valley yang ada air

Puas ambil gambar kat situ, kami terus lagi ke ladang teh boh pulak. Jauh jugaklah nak ke sana. Masa dalam perjalanan pergi memang sesak, banyak kereta la. Dalam perjalanan tu jugak, nampak satu kemalangan. Mula-mula tak tahu apa, bila dah pusing sikit, turun jalan tu, baru nampak ada lori simen jatuh. Lori tu ada lagi kat tebing bukit-bukit tu. Tak tergambar perasan. Tak tahu lah apa yang jadi, tak berhenti pun, sebab orang dah ada.

Nak sampai ke ladang teh boh tu jangan terkejut pulak bagi yang belum pernah sampai. Jalan dia memang kecik, kadang-kadang kalau selisih kereta dari depan, ada kereta yang kena berhenti dulu, bagi yang satu jalan, baru boleh jalan. Kalau nak lebih berhati-hati atau nak test hon kereta, boleh juga. Dekat selekoh-selekoh berbahaya, boleh bunyikan hon supaya kereta dari depan perlahankan kenderaan. Siap ada papan tanda lagi. Cuma tak sempat ambil gambar je.. (Biasa sempat kan.. haha)

Sampai dekat ladang teh boh tu pekena teh cheding, ke pe namanya. Sedap.. abang yang pesan sebab dia biasa minum kat situ. Teh cheding ni kalau nak beli sebalang tin tu dlm RM16 jugak. Kami beli teh boh hijau biasa je. Try, biasa pakai teh lain. Lepas lepak-lepak kena angin bukit tinggi kat situ (ladang teh boh ni memang tinggi tau), kami pun balik semula ke hotel. Sesak masa kami turun tadi dah tak de, alhamdulillah. Abang saya terus turun CH balik ke kampung. Kami stay lagi satu malam.

teh bohLadang teh boh, muka dah masam sebab dengar angah dan mak ngah nak balik kampung dah.

teh boh2Meja yang penuh

teh boh3Pemandangan dari tempat santai ladang teh boh

Kalau dulu datang memang banyak tempat kami pergi, taman lebah, taman rama-rama, yang mana bukan setakat rama-rama, tapi macam-macam jenis haiwan ada. Tempat tu pun dah dibesarkan tempat letak keretanya berbanding dulu.  Tapi kali ni tak larat lah, dengan ada anak kecik, kami jalan-jalan macam biasa je. Malam tu pasar malam ada lagi, tapi kami hanya keluar pergi makan. Asalnya nak makan ikan bakar kat Brinchnag tu, tapi tengok keadaan yang ramai orang tu, kami pesan biasa-biasa saja. Itu pun agak lambat lah, sebab ramai sangat orang. Tapi makanannya memang best. Kalau nak tahu tempatnya, betul-betul dekat dengan pasar malam, belakang deretan hotel yang ada Hotel Chua Gin, kalau biasa pergi lah. Tapi kalau dari jalan besar tu, boleh nampak sebelah kiri dari shell, walaupun kedainya ke dalam sikit. ‘Nik Ikan Bakar’ kalau tak silap. Boleh cuba, tapi sila pergi awal kalau tak nak tunggu lama ye dan meradang.

taman lebahTaman lebah – gambar dulu

Malam tu rasa lebih sejuk sikit berbanding malam sebelumnya sebab hujan malam tu. Esok pagi kami turun makan pagi, walau pun kedai banyak jugak yang tutup. Mungkin sebab hari Isnin, tak banyak kedai yang buka. Sebelum balik, sempat jalan sikit-sikit dan beli teh yang memang dari awal nak beli.

teh strawberry teh lemonTeh yang sempat dibeli

On the way balik, kereta pun masih banyak, mungkin ramai yang bercuti sebab esoknya hari pekerja kan.. Mula ingat jugak nak singgah mana-mana, tapi akhirnya kami cuma singgah 2 tempat singgahan terakhir dekat CH tu, satu tempat yang ada kilang coklat tu, Avant Chocolate lau tak silap, lupa nak ambil gambar, dan yang terakhir. Dulu pun ada singgah sini, sempat ambil gambar, kali ni tak, sebab si kakak dah pun tidurkan diri kat belakang kereta. Sempat jugak belikan coklat untuk jiran yang baik hati, tolong jaga rumah kami setelah dengar cerita boy sudah ditangkap. Boy? Saper tu? nantilah..

perjalanan pulangPemandangan masa perjalanan pulang, turun dari CH

hentian terakhirHentian terakhir ikut jalan Simpang Pulai

Jadi, tamatlah kisah percutian di CH, kami sambung pula bercuti di kampung saya, sebab ada hal sikit. Tak yah cerita lah.. Cerita kisah bercuti cukuplah. Tahun depan nak ke mana pulak ye? Haha.. Kumpul duit pergi Sabah la. Okey tak Encik Abang? 😉

@fiezaradzi.com – Nanti nak cuti raya pulak, lagi blog ini terbiar..

Dah baca yang lain:

  1. Part #1 – Bercuti Bersama Lelaki Kacak
  2. Part #2 – Ladang Strawberry

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *