Pemergianmu Kami Redha

Posted by

Assalamualaikum,

Kalau perasan, lama blog ni sepi tanpa berita kan.. Kalau perasan la.. Bukan apa, sepanjang minggu lepas, memang tak dapat jenguk pun. Kami semua pulang ke kampung atas satu urusan. Selalunya saya cuma mendengar atau membaca hasil tulisan kawan-kawan mengenai perasaan kehilangan orang terdekat. Namun, minggu lepas, baru faham akan perasaan itu.

Bagi yang belum mengetahui berita ini, biar saya khabarkan. Hari Sabtu, 17 September 2011, bersamaan 19 Syawal 1432 lebih kurang pukul 11.17 malam, abah pergi meninggalkan kami semua, kembali kepada penciptanya yang satu. Satu kehilangan besar dalam hidup sepanjang ingatan saya. Sebelum ini pemergian arwah wan hanya saya ketahui selepas beberapa hari. Namun, inilah kali pertama sejak dewasa, antara orang yang rapat pergi meninggalkan kami buat selamanya.

Ye, abah kepada blogger yang juga suami saya, HafizMohd, hanya tingal kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan. Walau pun hanya sempat 4 tahun bersama, namun banyak kenangan tercipta antara kami sekeluarga. Al-fatihah buat arwah abah mentua, Mohd bin Awang, dan salam takziah buat seluruh ahli keluarga.

Kematian manusia ibarat helaian dedaun yang gugur ke bumi. Berkat doa suami atau isteri, anak-anak dan orang terdekat agar dipanjangkan usia, daun tadi sangkut di ranting atau dahan pokok. Namun, bila tiba masa angin bertiup semula, helaian daun tadi akan juga turut terbang yang akhirnya tetap gugur ke bumi. Itu kata-kata dari ustazah abang ipar yang turut diakui oleh abah semasa usianya masih ada.

Moga arwah abah ditempatkan bersama mereka yang beriman dan sentiasa dicucuri rahmat Allah. Pemergian secara tiba-tiba memang mengejutkan, namun Allah lebih mengetahui yang mana terbaik untuk arwah abah. Al-fatihah. Moga suami terus tabah mengharungi segalanya.. Ameen.

@fiezaradzi.com – Yang pergi tetap pergi, moga yang masih ada tetap terus tabah dan cekal mengharungi segalanya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *