Penarikan Novel Hijrah

Posted by

Assalamualaikum,

Kalau korang perasan, blog saya ini selalu review buku keluaran PTS. Sebabnya, lokasi kami dekat dengan publisher PTS ini, jadi mudah untuk kami ke sana. Banyak juga buku Abdul Latip Talib yang saya review di sini. Baru-baru ini ada blogger merangkap penulis buku menulis tentang isu berkaitan novel sejarah Islam, terutamanya hasil karya Pak Latip ini.

Apa sebabnya, korang boleh tahu dari pembacaan di blog penulis tersebut. Dan bagi sesiapa yang pernah baca buku karya Pak Latip akan tahu bagaimana kaedah yang digunakan dalam penulisan beliau. Bukan niat di hati mahu menyalahkan sesiapa, tapi mana yang boleh dijadikan panduan, sama-samalah kita ambil dengan baik. Bersangka baik dan positif, itu kan lebih baik.

Sehubungan dengan situasi yang diutarakan, pihak PTS akhirnya menarik kembali buku bertajuk ‘Hijrah’ hasil tulisan Pak Latip ini. Boleh baca kenyataan media oleh Pengarah Penerbitan PTS berkenaan hal penarikan ini. Buku ini saya tak pernah baca, walaupun terlintas untuk membelinya. Jadi, belum ada review tentang buku ini di sini.

 photo novelHijrah_zpsb4ec9dcb.jpg

novel Hijrah

Jadi, bagi yang sudah memiliki koleksi Pak Latip, pada pandangan saya, ambil ilmu dan pengajaran yang ada dari buku-buku tersebut. Sebaiknya janganlah dijadikan rujukan untuk membuat kajian untuk projek belajar ke, bahan rujukan untuk berbahas ke atau apa sahaja. Cuma ambil iktibar dan pengajaran di sebalik cerita yang dipaparkan.

Okey, hanya untuk pemberitahuan. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak atau menyalahkan mana-mana pihak. Seperti yang saya katakan, ambil yang baik, yang tidak baik, jadikan panduan. Kita ini semuanya manusia, tak pernah lari dari kesilapan.

@fiezaradzi.com – Nak kena baca buku lain dululah, nampaknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *