Penat

Posted by

Assalamualaikum dan salam hari Isnin semua,

Penat. Itu je boleh cakap untuk sepanjang bulan Januari ni. Mula-mula dengan demam campak 14 hari oleh si kecil nombor dua. Sepanjang waktu tu, boleh kira waktu tidur. Ye lah, demi anak kan. Sekarang ada anak baru tahu pengorbanan seorang mak dan ayah kan..

Lepas balik ke kampung Terengganu. Di samping merehatkan badan dan minda, ada majlis kenduri arwah abah mentua. Nak kata rehat pun, tak lah sangat, tapi paling kurang hilang sikit letih sebab jumpa ahli keluarga. Paling kurang minda tu dapat jugak berehat.

Balik dari kampung, masuk kerja. Baru sehari kerja, malamnya si kecil nombor dua lagi sekali kena demam. Dua malam jugaklah demamnya. Sebabnya tak tahu. Tapi ada bintik-bintik merah. Mungkin juga berjangkit bunga badang dengan sepupu masa di kampung. Tapi, tak pasti. Alhamdulillah, walau pun masih ada bintik-bintiknya, tapi dah kering, demam pun dah kebah. Bunga badang, korang tahu apa? Sungguh, kali pertama dengar pun masa kat kampung. Tapi secara terperinci, memang tak tahu apa dia.

Baik si adik demam, si mama pulak nak demam dan sakit perut. Ambil sebiji panadol, demam dah ok. Cuma hujung minggu hari tu, berapa kali kunjungan ke tandas, pun dah tak boleh kira. Penat. Itu je leh cakap. Dah le macam tu, tiba-tiba si kakak pulak demam 2 malam jugak, dan sakit-sakit perut. kesian jugak tengok dia. Mama yang besar pun haru, yang kecil lagi lah. Bersabar je lah..

So hujung minggu hari tu memang bergantung harap pada abah je. nasib baik suami sorang ni tabah, semua kerja dia buat. Beruntung sungguh. Memang kaca lah. Maaf abang, sebab tak banyak dapat bantu, sebab tak berdaya sangat nak bangun. Terima kasih sebab abang yang buat semua kerja.

Alhamdulillah, hari ni, walau pun sisa-sisa sakit perut mama dan kakak masih ada, tapi dua-dua dah kuat sikit. Tapi kakak masih tak pergi taska. Adik je sorang pergi. Harap-harap semua kembali ok lepas ni. Terima kasih Ya Alalh atas peringatanMu kepada kami yang lemah ini. Ampunkanlah dosa kami Ya Allah.

@fiezaradzi.com – hujung minggu ni balik kampung lagi, kampung Penang pulak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *