Puasa Kali Ini

Posted by

Assalamualaikum,

Pengalaman puasa. Sekarang ni dah masuk 10 hari terakhir untuk bulan Ramadan habis, tinggalkan kita untuk tahun ini. Moga kita sama-sama meriahkan setiap hari di bulan ni untuk kutip sebanyak mungkin pahala dan manfaat selagi terdaya. Pengalaman puasa kali ini memang sedikit berbeza berbanding tahun-tahun terdahulu.

Kenapa ye? Dari segi makan, lebih kurang macam tahun dulu, selagi boleh masak, memang masaklah, dan kebanyakannya memang kami berbuka masakan di rumah, dengan anak-anak sekali. Bila tengok anak-anak dan suami berselera makan nasi dan lauk yang kita masak, walau pun simple, rasa puas, berbaloi masak. Sekali sekala pergilah pasar Ramadan, beli kuih sikit, kot terasa nak minum air soya, belilah sikit. Nak buat putu cawan, tak larat tiap-tiap hari kan..

Yang bezanya kali ni, rasa tahan lapar tu kurang kuat sikit lah. Nak kata umur makin meningkat, mungkin juga. Tapi semenjak organ kecil appendiks tak ada (ye ke organ), memang mencabar sikit puasa kali ni. Bila berbuka perut rasa kembung je, kadang-kadang rasa nak keluar balik makanan pun ada. Nak kata ada orang dalam perut, macam tak logik. Memang tak logik lah. Tapi memang beza dan terasa kebezaannya.

Walaupun kecil, tapi appendiks ni memang ada gunanya. Korang bolehlah cari apa gunanya appendiks ni. Ada, kena baca sikitlah. Jangan ingat dia duduk situ, tak de gunanya. Jadi, jagalah appendiks elok-elok, jangan pandang ringan je. Bila dah tak ada, barulah nak rindu kat appendiks tu.

Apa pun, moga Ramadan ni dapat ditempuh bersama dengan sebaiknya. Ini semua ujian ni. Kena kuat. Lepas ni kena cari air yakult lah. Kena bagi banyak bakteria baik dalam perut. Kesian dia, tak tak de rumah dah. Buat semua, selamat menempuh puasa sebaiknya.

@fiezaradzi.com – Belum habis khatam Al-Quran lagi bulan Ramadan ni. Nak kena usaha lebih ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *