Pengalaman yang Berbeza-beza

Posted by

Bagi mereka yang bergelar ibu, atau lebih tepatnya ibu kepada lebih dari seorang anak, mungkin berpeluang mengalami pengalaman yang berbeza-beza setiap kali proses hamil. Tapi ada juga yang tiada masalah, sama je dari anak no.1 hingga no.10, kan? 10 ni.. hehee

Kata mak, saya antara yang mudah untuk dilahirkan (bukan kes nak bangga ye..). Mak terjaga pukul 4 pagi, kemas rumah mana-mana yang patut, dua jam kemudian saya lahir, di rumah. Cuma selepas melahirkan, disebabkan bidan klinik yang sibuk dengan kucingnya yang beranak dalam almari (time ni la kucing tu nak beranak kan..), saya dah jadi sedikit kebiru-biruan sebab sejuk. Nasib baik ada yang membantu, kalau tak, blog ni tak de kot.. Hehee…

Sekarang dalam proses hamil anak kedua, pengalaman yang saya fikir cukup berbeza dengan anak pertama. Jika ditanya, bezakah pengalamannya, ya jawapannya. Antaranya:

  1. Makan – selera makan yang tak menentu. Nak makan nasi rasa macam tak sedap sangat. Rasa nak makan benda merepek je. Walau un dah di hujung kehamilan ni. Tapi anak 1st dulu, tak kisah. Makan lepas balik kerja boleh tahan hingga esok pagi. Tapi yang ni kadang-kadang jap je dah rasa lapar. — Nasib baik masa bulan puasa tu kira okey jer..
  2. Juga bab makan – Laksa memang terkenal dengan anginnya kan. Dulu anak 1st boleh dikatakan hampir setiap hari saya suka makan laksa. Tapi yang ni, nak makan pun takut, takut angin sampai tak boleh tidur. Jadi, boleh dibilang berapa kali makan laksa sepanjang hampir 9 bulan ni.
  3. Angin – Dulu rilek je, makan macam waktu biasa, time tak mengandung. Tapi sekarang ni, kalau terlambat sikit je, mulalah angin satu badan. Pulak tu susah angin nak kurang. Sampai rasa nak keluar balik la pe yang dimakan.
  4. Tenaga – Dulu masih aktif, walau pun di akhir kehamilan. Malah petang sebelum admit wad, masih lagi berjalan-jalan angkat barang (yang ringan ye) di rumah abang no.2. Sekarang, banyak tak larat lor.. Mungkin juga sebab dulu tak pantang betul-betul + dulu tak de anak, sekarang hamil dengan anak yang masih aktif.  — Nasib baik de encik suami yang sudi melayan karenah si kecil tu.. Terima kasih awak 🙂
  5. Emosi – dulu macam rilek je.. Rasa happy walau pun ada peristiwa lelehan air mata tanpa dapat dikawal (lau difikirkan balik, tah nape la air mata tu kuar masa ‘peristiwa’ tu.. huhuuu..). Sekarang ni lagi mudah lelehan air dari mata tu nak kuar.. Hahhaaa…
  6. Bengkak kaki- Dulu masa usia 7 bulan kandungan kaki dah start membengkak. Tapi sekarang better, walau pun dah nak masuk 9 bulan, kaki still ok, walaupun sedikit membesar. Normal la kan, kaki orang hamil besar.. Selipar pun kecik je nampak. Tapi tak sanggup nak pakai selipar encik suami, sebab nanti nampak macam pakai kasut McD (bukan sebab kasut suami besar sangat, tapi kaki saya yang saiznya kecil..)
  7. Kejang – De orang panggil simpul biawak (tak tau nape..). Dulu selalulah suami jadi ahli terapi, sebab kena urutkan malam-malam bila kejadian yang menimpa pemain bola sepak (padahal tak main bola sepak pun) ni berlaku. Tapi sekarang, de la sekali dua suami bertindak menjadi ahli terapi ni. Yang lain, ok.. hehe.. — terima kasih gak wahai suami ku… 🙂
  8. Perut – Dulu kecik je, sampaikan dah masuk bulan 6-7, orang still tak nampak. Biasa la, anak 1st kan… Tapi sekarang, 5 bulan dah de orang tanya, ‘mengandung ke?’ Dulu takut je tengok perut mak-mak lain sebab cam besar. Tertanya, tak penat ke dia bawa perut besar tu? Sekarang baru tau. Saya sendiri takut tengok saiz perut sendiri. Hahahaa.. kelakar pun ada.
  9. Rajin – Yang ni tak tahan.. Dulu walau pun tak rajin, tapi sikit-sikit rajin tu ada la.. Setakat sapu sampah, kemas rumah + kemas office, ok lagi. Sekarang ni nak sapu sampah kat rumah pun malas. Dah tu baru sapu kat ruang tamu, dah termengah-mengah. Pe nak jadi ni.. Adakah benar pembawaan bayi lelaki? hahaa… sebenarnya malas je tu, saja bagi alasan..
  10. Bersolek – Walau pun sememangnya saya tak bersolek di hari tak hamil, tapi kali ni lagi tersangat la malasnya. Kadang-kadang keluar bedak pun tak pakai. Sekali-sekala je.. Cukup letak minyak wangi, bedak sikit-sikit, siap. Tak de gincu-gincu seperti di hari biasa. Dulu masa kakaknya, rajin la jugak sikit.. Haha.. mesti lau jumpa tengah jalan ingat zomba zombi mana kan.. Hihiii.. Tak kisahlah, asalkan hati senang..

Itulah 10 perkara yang teringat sepanjang kehamilan ni. mungkin de lagi, tapi tak ingat. Apa pun, bersyukur sekurang-kurangnya alahan saya ni tak termasuk sampai tak boleh dekat atau bau suami. Kalau tak, kesian si dia.. Hahaa.. Dan bersyukur sepanjang 2 kehamilan ni saya tiada masalah berat yang sesetengah ibu alami. Tiada kencing manis, darah tinggi dan juga masalah plasenta yang kebanyakan kenalan saya alami. Terima kasih Ya Allah..

@fiezaradzi.com – Mesti banyak pengalaman ibu-ibu di luar sana. Bagi kaum bapa, terima kasih sebab koranglah tempat ibu-ibu bergantung masa proses hamil ini. Pada yang bakal jadi suami dan juga bapa, harap-harap hargailah kesanggupan isteri anda membawa zuriat anda suatu ketika nanti…

** Terima kasih mak kerana membawa saya selama 9 bulan lebih tu… Sayang mak..

** Tengah tunggu hari ye nak tengok bayi kedua ni keluar.. sabar ye sayang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *