Personal

Penghargaan dan Pemberian

Salam buat semua. Minggu lepas memang sibuk, sibuk dengan seminar di Sheraton Hotel di Kuala Lumpur. Dengan keadaan cuaca yang sekejap ku sangkakan panas hingga ke petang, akhirnya hujan di pagi hari. Hehe.. Memang sesak betul. Sepatutnya tak sampai setengah jam pun dari rumah, akhirnya ambil masa sejam atau lebih. Macam mana la korang yang kerja tiap-tiap hari kat tengah kota KL tu kan.. hehee..

Oklah, berbalik kepada tajuk. Sedar tak sedar blog ni tak pernah bagi penghargaan pada pengunjung-pengunjung yang datang. Jadi kali ni apa salahnya kan. Disebabkan tuan blog tak de kerja, jadi inilah penghargaan buat pengunjung dan pemberi komen yang terpanas untuk bulan September lalu. Terima kasih buat anda. Juga terima kasih buat pengunjung senyap, tak kisah la kan, tapi kunjungan anda amat bermakna buat saya.. Terima kasih sekali lagi. Inilah lima pemberi komen yang terpanas musim lepas:

  1. lowongan kerja
  2. zikrihusaini
  3. farra dhelina
  4. hafizmohd
  5. syarilhafiz

Tuan punya blog pun de hati sebenarnya nak buat satu kontest dengan tajaan bersama seorang lagi penulis blog. Yang tu akan diberitakan pada semua sedikit masa lagi ok. Hadiahnya, tak la besar mana pun, tapi harap-harap dapat la memberi sedikit lagi penghargaan buat yang sertai. Jangan lupa pasal kontest ni ye. Insyaallah kalau tiada aral minggu ni jugak akan diberitakan.

Salam buat semua

@fiezaradzi.com – Agak-agak ada ke orang nak join kontest saya ni? heheee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge