Percutian ke Langkawi

Ingat lagi tak citer pasal raya yang kata kami beraya hingga ke langkawi? Hehee.. Kali ni layan gambar ye la ek.. malas nak tulis panjang-panjang ni.. Jom.. Masa pergi ni kira time peak juga la, tengah cuti kan.. Tapi sebab kepakaran mak saya tawar-menawar, kereta sewa kami, RM50 untuk Iswara. Kalau tak dia suruh bayar RM80 ni.. Adoila..

Mula-mula nak ke Langkawi, naik feri.. Masa pergi tambang feri RM16 seorang dewasa sehala. Nasib baik si kecil tu tak kena.

Ni bilik dalam holiday villa.. Kebetulan adik saya bekerja dengan pejabat kerajaan, jadi boleh dapat murah la, sebab duduk di rumah federal. Tapi kalau pergi time waktu tak pack, mungkin chalet biasa leh dapat dalam RM50-80. Kena pandai cari la. Chalet tempat cerita Na O Mei dilakonkan pun de dekat-dekat sini. Tiap-tiap hari lalu depan Langkapuri Inn tu.. hehee

View masa naik kereta kabel. Anak saya cukup suka naik ni. Bila turun masa interchange, beria-ia nak naik lagi. Tinggi kecerunannya memang mengalahkan Genting Highland. Tengok dari bawah takut je, tapi okla kan.. Cuma masa nak sampai interchange tu de bunyi yang sedikit kuat la.. Tapi ok jer.

View Jambatan Gantung dan depan pintu masuk Kereta kabel. Kalau tak bernasib baik, kadang-kadang bila cuaca mendung tu, tak dapat la naik atau kadang-kadang Jambatan Gantung tu ditutup. Nasib kami baik, sekali pergi je hari tu, boleh naik. Banyak lagi gambar scenery, tapi tak larat nak upload.

Dari luar Makam Mahsuri. Masa pergi ni dah tak sempat masuk, walau pun tertulis de lagi 5 minit waktu tutup. Bila tanya pukul berapa buka, waktunya lewat pula 15 minit dari yang tertulis. Apakah??

View masa naik bot ke Tasik Dayang Bunting. Cantik sangat masa ni..

Lagenda Tasik Dayang Bunting ni. Ada gambar orang mengandung masa on the way ke tasik ni. Tapi tak upload la pulak.. hehee

Hensem tak penyambut tetamu ni. Kalau kawan-kawan ke Tasik Dayang Bunting ni, jangan terkejut pulak, sebab kawan-kawan penyambut tetamu ni memang banyak kat sini. Kalau bawa beg plastik, mesti dia ikut, silap-silap diambil beg plastik tu.. Hehe.. Oh ye, kat tasik ni boleh mandi kalau nak. Juga boleh buat terapi kaki, ikan yang urut.. Tapi sanggup ke tak jer.

Ni Pantai Beras Basah. Boleh mandi-mandi juga kat sini. Cantik pantainya. Jernih je, ikan pun leh nampak kay tepi-tepi, tapi ikan kecik la kan.. Sebenarnya ia satu pakej kalau ke TDB, bot akan bawa ke 3 tempat, TDB, tempat helang, nanti pemandu bot bagi helang2 tu makan, tapi dlaam air la.. So boleh tengok helang dari dekat, de yang kecik, ada yang besar. Then, akan ke Pantai Beras Basah ni. Selalunya setiap tempat dalam 1 jam, kecuali kat helang tu, kejap je la.. Buat pe tengok lama-lama kan.. hehee.. Harga? Kat sini kena pandai sikit la.. Hari tu masa kami pergi, tambang untuk semua, RM30 seorang. Tapi bila tanya couple dari Arab tu, dorang kata kena bayar RM90, termasuk ambil dari hotel.

Dari Pantai Tengah, pantai ni belakang hotel jer.. Ada aktiviti naik payung tarik dengan bot tu, banana boat, jetski dan sebagainya. Tapi kami cuma duduk-duduk situ sambil tanam kaki dalam pasir jer.. hehe.. Penat oo.. seharian berjalan..

Masa matahari dah nak terbenam, juga di Pantai Tengah

Masa ni nak balik dah. Si kecil tu mengantuk, jadi masam sikit muka dia. Tapi kalau pergi Langkawi mesti nak bergambar kat Dataran Helang ni kan.. hehhe..

Kalau diberi peluang, memang nak pergi lagi, tapi tak tau nak ke mana lagi, sebab dah pergi dah. Kalau bawa duit banyak, seronok la kot, membeli-belah je kerja. Tapi dengan budget yang terhad, di sampig hanya ingin bersiar-siar kami beli coklat je banyak.. Makanan aje yang nak beli.. HAhaa.. Sampai sekarang ada lagi coklat dari Langkawi tu, duty free la katakan.. Minyak gamat tentu tak lupa..

@fiezaradzi.com – teringin nak jadikan jalan-jalan bercuti ni aktiviti tahunan, tapi budget belum tentu ada.. HAhaaa.. Sekali-sekala menenangkan fikiran kan.. Duduk di kota ni memang penat..

50 Comments
  1. November 4, 2010 | Reply
    • fiezaradzi
      November 5, 2010 | Reply
  2. November 4, 2010 | Reply
    • fiezaradzi
      November 5, 2010 | Reply
  3. November 4, 2010 | Reply
  4. November 4, 2010 | Reply
    • fiezaradzi
      November 5, 2010 | Reply
      • November 6, 2010 | Reply
  5. November 4, 2010 | Reply
    • fiezaradzi
      November 5, 2010 | Reply
  6. ardzham
    November 5, 2010 | Reply
    • fiezaradzi
      November 5, 2010 | Reply
    • August 8, 2015 | Reply
    • December 27, 2015 | Reply
  7. November 5, 2010 | Reply
    • fiezaradzi
      November 5, 2010 | Reply
  8. November 5, 2010 | Reply
    • fiezaradzi
      November 5, 2010 | Reply
  9. November 5, 2010 | Reply
    • fiezaradzi
      November 5, 2010 | Reply
  10. November 5, 2010 | Reply
    • fiezaradzi
      November 5, 2010 | Reply
  11. November 6, 2010 | Reply
    • fiezaradzi
      November 8, 2010 | Reply
  12. November 8, 2010 | Reply
    • fiezaradzi
      November 8, 2010 | Reply
      • November 8, 2010 | Reply
        • fiezaradzi
          November 8, 2010 | Reply
          • November 10, 2010 | Reply
            • fiezaradzi
              November 10, 2010 | Reply
              • June 28, 2015 | Reply
              • August 23, 2015 | Reply
              • September 11, 2015 | Reply
  13. Eric
    November 12, 2010 | Reply
  14. November 22, 2010 | Reply
    • fiezaradzi
      November 23, 2010 | Reply
  15. hafiz-ahmad
    December 5, 2010 | Reply
    • fiezaradzi
      December 6, 2010 | Reply
  16. linda
    January 3, 2011 | Reply
    • fiezaradzi
      January 4, 2011 | Reply
      • linda
        January 4, 2011 | Reply
        • fiezaradzi
          January 5, 2011 | Reply
  17. November 1, 2011 | Reply
    • fiezaradzi
      November 3, 2011 | Reply
  18. December 21, 2011 | Reply
  19. June 25, 2015 | Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge