Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum. Diharapkan semua yang baca ni sentiasa dalam keadaan yang sihat. Setelah lama menyepi, dan sama ada menyepi semula atau tak,tiada siapa yang tahu.

Covid 19
Corona virus 2019

16 Mac 2020, PM umumkan Malaysia di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Maka, bermula 18 mac lalu, bermulalah episod #stayathome. Ye, satu negara terkesan.

Perintah Kawalan Pergerakan

Semasa PKP, hanya ketua keluarga saja yang keluar beli barang. Di saat sudut,banyak perkara positif boleh diambil. Saat bersama keluarga yang lebih banyak, mak-mak mulalah belajar resepi baru, kuih baru dan segala jenis kek keluar, dan yang penting lebih mendekatkan kita pada Yang Satu. Alhamdulillah.

Buat pertama kali juga, kami ni beraya Aidilfitri hanya di sini, tak dapat balik kampung. Kebiasaannya,waktu raya ni lah yang paling banyak cuti kami ambil, ye la, balik 2 kampung. Apakan daya kali ni.

Apa pun, bersyukur sebab masih ada ada jiran dan juadah2 yang jiran bagi. Tak la sunyi sangat raya. Rasalah sikit-sikit raya nya. Yang syahdu raya pun ada macam biasa. Alhamdulillah!

Selain dari tu, pembelajaran sekolah pun dibuat di rumah. Kadang2 tak terkejar dengan kerja rumah yang cikgu-cikgu beri, dgn kekurangan gadgetnya. Laptop pun dah di hujung usia. Tu baru 2 orang anak sekolah,belum lagi keluarga yang ada 4,5 orang anak. Memang terpaksa bergilir-gilir la. Masa PKP ni jugaklah mula keluar segala jenis skill, dari mewarna, melukis, menconteng. Bakat2 terpendam mak ayah mulalah keluar. Maklumlah dulu rajin benar tulis ‘message’. Kadang-kadang kerja pejabat mak ayah tolak tepi, terpaksa pulak berjaga waktu malam nak siapkan.

Apapun,ia tetap menjadi satu kenangan dan sejarah apabila makhluk kecil ciptaan Allah yang diberi nama Corona virus 2019 aka covid-19 ni  menyerang seluruh dunia  – adakah baru kita sedar betapa kerdil kita sebenarnya??

One comment

Leave a Reply to hafizmd Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge