Kahwin Bukan Untuk Suka-suka
2012
Assalamualaikum,
Perkahwinan Ideal
Siapa yang tidak impikan perkahwinan yang ideal kan? Berkahwin itu sebenarnya suatu tanggungjawab, dan bukannya hanya untuk suka-suka atau suatu percubaan. Ia kerana apabila sudah berkahwin, secara automatiknya tanggungjawab berumah tangga harus dipikul bersama. Suami, dengan tanggungjawabnya sebagai ketua rumah serta segala tanggungjawab suami dan juga ayah, si isteri pula dengan tanggungjawab membantu suami serta tanggungjawab isteri dan ibu. Gabungan kedua-duanya menghasilkan satu tanggungjawab bersama yang ternyata tidak ringan.
Maka, ia bukanlah untuk suka-suka mahu pun sekadar mencuba. Jika merasakan ianya susah atau tidak terjangkau untuk merealisasikan tanggujngjawab, maka jangan bermimpikan untuk berumah tangga. Kahwin muda atau lebih dewasa bukanlah satu masalah jika kedua-duanya sudah bersedia.
Berkahwin juga bukan sekadar bermaksud berkahwin dengan pasangan semata-mata. Jika sudah bersedia menerima pasangan masing-masing, ia juga bermaksud menerima segala kekurangan dan kelebihan pasangan itu. Selain itu, ia juga bermaksud menerima keluarga pasangan jika mereka masih ada. Segala baik buruk sikap ahli keluarga pasangan perlu diterima. Lainlah jika pasangan hanya sebatang kara di dunia.
Sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin, izin kedua ibu bapa perlu dititk beratkan. Bukan sedikit kes sekarang yang berkahwin di sempadan, malah ada juga yang sanggup mengikut pasangan kekasih semata-mata hubungan ditentang keluarga. Sanguup ke luar negara kerana ingin berkahwin. Ingat akan satu perkara, jika tiada ibu bapa, tiadalah insan bergelar diri sendiri (sila sebut nama sendiri).
Restu ibu bapa dalam perkahwinan adalah jauh lebih tinggi dan jauh lebih penting berbanding wang ringgit serta kecintaan pada pasangan yang belum berkahwin. Jika ibu bapa berkeras tidak mahu ada hubungan antara pasangan, maka kaji dan bincang dengan sebaiknya. Jika kena waktu dan perbincangannya, ibu bapa manalah yang tidak mahu anaknya bahagia. Tapi, restu itu penting, apatah lagi setelah berada 9 bulan di dalam kandungan ibu manakala tenaga si ayah pula dikerah bagi mencari rezeki untuk pastikan anaknya keluar sihat dan membesar dengan baik.
Jika hanya perkahwinan adalah jalan terakhir yang ada, berbincanglah. Mustahil seorang ayah, lebih-lebih lagi seorang ibu tidak mahu melihat anaknya mengecapi bahagia. Ingatlah, jika tanpa redha ibu bapa, bagaimana pula mahu meraih redha Allah?
Jika inginkan perkahwinan yang ideal, restu ibu bapa terhadap pasangan adalah penting. Apa pun yang berlaku selepas itu, ia hanyalah ujian dan tanda kasih Allah kepada kita.
@fiezaradzi.com – Sekarang ni ramai suka ikut kata hati berbanding akal fikiran.

Betul dan setuju dengan apa yang awak cakap. Restu keluarga memang perlu dalam perkahwinan.
Syafrizal´s last [type] ..Jarum bekam atau lancet 21G, 23G dan 26G
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 9th, 2012 at 1:52 pm
@Syafrizal, baru rumah tangga aman damai, kan..
[Balas]
Syafrizal Reply:
March 9th, 2012 at 6:27 pm
@fiezaradzi, tau takpe..
Syafrizal´s last [type] ..Titik akupunktur perut ST40 Fenglong
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 19th, 2012 at 2:12 pm
@Syafrizal, tahu.. tahu.. tahu..
[Balas]
hehe..saya memang suka kahwin. haha..
titan´s last [type] ..Cara mudah untuk lepas Innity
[Balas]
suri Reply:
March 3rd, 2012 at 10:18 am
@titan, kwin dg duit ar
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 9th, 2012 at 1:58 pm
@suri, tu dah kawen tu suri..
[Balas]
hafizmd Reply:
March 3rd, 2012 at 10:35 am
@titan, suri dh jwb satu benda…hehehe…tp bile lagi ni titan…kami geng2 blogger nak serang ni…hehehehe
[Balas]
titan Reply:
March 4th, 2012 at 2:43 pm
@hafizmd, sampai masa, aku bagitau la..tak datang laki bini ni, siaplah..
titan´s last [type] ..Komisen Pertama dari BicaraHartanah.com
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 9th, 2012 at 2:13 pm
@titan, lau buat kt area kl-selangor, dan lau tak de aral, sampailah kitrng..
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 9th, 2012 at 1:59 pm
@hafizmd, serang beramai-ramai.. leh buat gathering skali ni..
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 9th, 2012 at 1:55 pm
@titan, sapa tak suka kan.. hehe
[Balas]
salam..
klu kwin sb suka2 mmg tak kekal bahagia,kena pula klu kawin hubungan salah satu pihak kluga tak restu payah gak tuh hee
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 9th, 2012 at 2:31 pm
@suri, mmg betul pun suri, bukan utk cuba2, tapi ia hubungan yg perlu dijaga..
[Balas]
bebudak skrg ni bukan fikir sangat tanggungjawab lepas kahwin. Cuma fikir yang sedap je. Asalkan ada duit je, mula la nak cari awek
Norasikin´s last [type] ..Cempedak Goreng dan Teknik Gorengan Rangup
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 9th, 2012 at 2:41 pm
@Norasikin, itulah, harap fikir dulu masak2, baru kes cerai dan talak ni dapat berkurangan..
[Balas]
saya setuju.. restu ibubapa paling utama..mereka tentunya mahukan yg terbaik utk anak mereka..
rahman´s last [type] ..Ekspo buku Islam terbesar di Putrajaya
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 9th, 2012 at 2:45 pm
@rahman, betul tu.. semua perkara leh bawa bincang.. kan?
[Balas]
kahwin ini bermakna tiada lagi peluang berpoya-poya buat lelaki
Setialah pada isteri yang satu tu.
faizul´s last [type] ..Makan sampai hadam, baca sampai faham
[Balas]
Dulu Lain Sekarang Lain Reply:
March 8th, 2012 at 8:32 am
@faizul,
Dalam kata lain, bila dah bersedia hendak kawin, maka dah bersedia nak pikul tanggungjawab dan jadi orang dewasa.
Dalam hal perkahwinan mmg tiada yg ideal dan perfect. Yg syok2 tu cume beberapa bulan pertam jer
And then, reality bites sbb bila dah duduk sebumbung barulah dapat tahu apa perangai pasangan kita yg kita tak berkenan he he… Tapi kena compromise lah sbb masing menerima didikan yang berbeza dan punyai pandangan berbeza. My 5 cents.
Dulu Lain Sekarang Lain´s last [type] ..Sokongan Terhadap Akta Gaji Minima
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 9th, 2012 at 2:57 pm
@Dulu Lain Sekarang Lain, tul tu.. nak2 lau yg baru kenal kan.. lau kenal sejak kecik2 ok la jugak..
nak lagi hebat, yg lain culture, lain asuhan, mmg akan ada sikit perbezaan. tapi perkahwinan itu melengkapkan, jadi, terima seadanya kekurangan dan kelebihan pasangan ..
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 9th, 2012 at 2:54 pm
@faizul, ye, betul tu.. lau tak kahwin pun, tak leh poya2 tau..
[Balas]
setuju dengan apa yang dituliskan
Juan´s last [type] ..Komisen Affiliate Pertama dari BicaraHartanah.com
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 9th, 2012 at 2:59 pm
@Juan, dah kawen ke belum?
[Balas]
Kalau dah suka sama suka tapi family tak bagi tu susah jugak,.. kesian
shraqs´s last [type] ..Official ICS 4.0 Untuk Samsung Galaxy SII – 15 Mac 2012
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 9th, 2012 at 3:08 pm
@shraqs, agak susah, tapi tidak mustahil lau kena perbincangannya..
[Balas]
kahwin itu perkara super serius.
ohcikgu´s last [type] ..Apa yang terjadi bila cikgu disiplin pindah sekolah?
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 9th, 2012 at 3:10 pm
@ohcikgu, tapi lau ada super tanggungjawab,boleh ditanggung..
[Balas]
kahwin tu satu tanggungjawab yg besar……
bila kawin utk suka2 .. tu lah yg membawa penceraian…
New blog Hairul´s last [type] ..Si tanggang moden tinggalkan ibu lumpuh dihotel
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 19th, 2012 at 2:13 pm
@New blog Hairul, mmg pun.. kahwin utk try2 pun tak leh kan..
[Balas]
hmmm…
dkt sini xde tips membahagiakan
perkhwenan????????
salah tak klaw suami kita cakap
menyesal aq khwen dngan ko???????
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 19th, 2012 at 2:18 pm
@suhana suria, belum buat lagi.. nnti2 saya try ye..
tak patutlah suami cakap macam tu, tapi perlu lihat juga kenapa suami bercakap sedemikian. sepatutnya suami yg patut memimpin isteri utk jadi lebih baik.. si isteri pula, bila suami tegur utk kebaikan, ikutlah, dan perbetulkan pelan2..
kalau ada tolak ansur, insyaallah rumah bahagia.. kahwin tu bersedia utk menerima baik buruk pasangan
[Balas]
Bila berkahwin, kita boleh terhindar dari pelbagai fitnah terutama org perempuan.
Mekar´s last [type] ..Review Filem : Hafalan Shalat Delisa
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 19th, 2012 at 2:19 pm
@Mekar, ye, sgtlah betul.. tapi kena ingat, bila dah kahwin, kena usaha juga agar rumah tangga kekal bahagia.. jgn lupa diri dah kahwin..
[Balas]
mak ayah saye dah takde… ntah le nanti camana nak cari calon istri tanpa direstui.. just terima takdir seadanya
aimannajmy´s last [type] ..Perkahwinan Rizhan Rashidi Bassist Sayugia
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 21st, 2012 at 5:32 pm
@aimannajmy, tak pe, insyaallah lau niat baik, restu dari Allah, pasti ada..
[Balas]
Trackback & pingback
No trackback or pingback available for this article
Berita Terkini
Berita Popular
Komen Terkini
Copyright fiezaradzi dot com 2012
Powered by Your Inspiration Web