Pilihan Raya Umum PRU 13

Assalamualaikum,

Pilihan Raya Umum | PRU 13. Mood rakyat Malaysia kebanyakannya tertumpu kepada proses penting dalam Malaysia sekarang ini. Pilihan rakyat jelata yang bakal menentukan siapa yang bakal memerintah kerajaan untuk sepenggal lagi.

Bagi yang layak mengundi, jangan lupa keluar mengundi awal pada hari kejadian, 5 Mei 2013. Pastikan lokasi mengundi betul. Kang tersilap pergi, kena marah je, sebab orang ingat jadi pengundi hantu. Jangan pulak marah petugas kat situ, sebab nama korang tak de. Padahal, korang yang salah. Jangan lupa mengundi.

Inshaa Allah, kami sekeluarga akan balik ke kampung. Jadi, kalau sekali lagi blog ni senyap je, faham-faham je lah. Jangan buat tak tahu pulak. Kalau tak ada aral, kami bertolak esok. Korang kena balik kampung tak?

Cuma nak ingatkan diri sendiri dan kawan-kawan semua. Di pihak mana pun kita, ingatlah, tak semua perkara kita je betul, orang semua salah. Hak memilih di tangan masing-masing, tapi janganlah sampai putus kawan sebab taksub dengan parti masing-masing. Mengekalkan ukhwah sesama kita lebih penting tau.

Pilihan raya umum 13 (PRU13). Oklah, selamat mengundi dan buat pilihan terbaik. Baik tagline ini kalilah atau lain kalilah, yang penting, jangan gaduh-gaduh tau..

@fiezaradzi.com – Ingat nak tukar tempat mengundilah. Kalau kena anak tak cuti, susah juga nak balik kampung kan?

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge