Prihatin Atau Diam?
2010
Salam. Selamat Hari Jumaat. Hari ni just nak share dengan kawan-kawan. Sebelum tu, maaf jika entry ni akan menyebabkan hati seseorang atau dua tiga orang yang tidak puas hati atau sakit hati. Tujuan saya bukan untuk menambahkan sakit hati, tetapi hanya untuk berkongsi dan membincangkan pendapat anda semua. So, no heart feeling kay.. Lagipun ni blog saya kan, selagi tak menyentuh hal-hal yang boleh mengancam kesejahteraan semua, boleh la kan…
Cuba lihat pernyataan ini:
ORG YG TAKDE JWTN DLM PERGURUAN TOLONG DUDUK DIAM2 BUAT KERJA MASING2… JGN SEKALI-KALI “INTERFERE” KERJA DAN TUGAS CIKGU
Pernyataan ini adalah balasan seseorang dalam entry saya sebelum ini. Balasan encik/cik/puan, saya pun tak tau. Tak kisah la kan.. Cuma nak tanya pendapat anda semua. Entry ni pun sebab rasa terpanggil untuk membincangkan bersama.
Jika saya seorang ahli masyarakat di tempat saya, semestinya saya akan ambil tahu perkara yang terjadi dalam masyarakat tersebut. Sihatkah komuniti kita, apa program yang sedang berlangsung, paling tidak menghadirkan diri jika terlibat. Jadi, jika saya bukan seorang guru, tetapi anak-anak saya ada yang menjadi anak didik cikgu-cikgu, semestinya jika tidak banyak, sedikit pun mesti diambil tahu perkembangan sekolah anak dan cikgu. Sekurang-kurangye jadi macam kak jie, yang baik dengan cikgu anak-anaknya.
Sama juga, sebagai rakyat, saya perlu mengambil tahu keadaan politik negara, meski pun saya tidak berminat dengan politik, sebabnya saya ada hak dan tanggungjawab. (wah..) Ye lah, takkan nak biarkan ahli politik je ambil tahu pasal politik ni kan..
Adakah pernyataan di atas pada anda benar, atau sebaliknya? Apa alasan anda? Jika tidak keberatan, jom kongsi bersama.. Bincang bersama ok.. bukan gaduh ye.. Jadi, ape lagi, prihatin (ambil tahu) atau diam (buat derk..) yang jadi pilihan anda?
@fiezaradzi.com – jika benar pernyataan di atas, tidak mustahil masyarakat sudah hilang konsep prihatin dan mesra.. Hal aku, hal aku, hal kau, hal kau.. jangan busy body.. susahnye…
pstt: oh ye, maaf, saya akan pulang ke kampung hari ni, ayanhanda suami kurang sihat, mungkin tidak dapat bersiaran ye.. tak pe, tinggalkan je komen, nnt saya balas ye.. satu lagi tolong doakan semuanya baik dan selamat kay.. ameen..

hehehe…
pada saya, bila kita berjawatan guru, kita menanggung ‘jawatan’ tu, sama ada di sekolah mahupun di luar. bermakna, sikap dan pandangan haruslah berhemah sama seperti seorang guru. bukan apa, bila jadi guru, orang luar pandang tinggi (agaknya). jadi, kenalah jaga peradaban…
hmm, saya rasa, sudah2 lah tu nak tegakkan mana2 kerjaya yang susah dan seksa. semua kerjaya pun sama. tak ada bezanya pun. yang penting, keikhlasan dalam berbakti dan mencari bekalan buat akhirat nanti.
sekian.
.-= sya´s last blog ..support group meeting ratuhati.com =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 16th, 2010 at 1:59 pm
@sya, tul sya, mmg semua kerja camtu..
tapi kali ni pasal nak ambil tahu la wujudnya entry2 y macam tu…
[Balas]
sya Reply:
April 16th, 2010 at 2:27 pm
@fiezaradzi,
fieza…
lupa pulak.. ayat di atas tak ditujukan pada tuan blog… saya tulis tu lepas baca komen dalam entry fieza yang satu lagi tu…
nak tambah lagi.. saya suka sangat bila ibu bapa/ masyarakat ambil tahu tentang guru.. tak ada lah mereka serahkan seratus peratus pada guru… nak mendidik, bukan tanggungjawab guru sahaja, semua lapisan masyarakat pun sama…
.-= sya´s last blog ..support group meeting ratuhati.com =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 19th, 2010 at 11:00 am
@sya, saya setuju dgn sya.. sptutnya mmg camni, spy tugas didik tu bukan pada cikgu jer, pada semua..
so, yg ptg.. kerjasama.. barulah de keseimbangan dan kecemerlangan..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Prihatin Atau Diam? =-.
[Balas]
huhuh… Mendidik tugas semua.. tapi pukul sket kene report.. huhu…mungkin nih jugak salah satu cara masyarakat mengambil tahu kegiatan guru di sekolah..
Masyarakat sekalian.. jgn le time nak ambik tahu tuh bile anak da kene pukul.. tapi bile PIGB tak datang.. bile sekolah terbuka tak datang.. huk huk… ^^Y
Selamat Membaca
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 19th, 2010 at 11:02 am
@todin, setuju dgn todin pasal ni.. mak bapak pun perlu lebih terbuka.. kalau anak salah, pe salahnya anak kena rotan.. bukan ke kite dulu macam tu?
cikgu2 lak, jgn ambil kesempatan bila bab menghukum..
tapi skg tak leh rotan dah.. susah jugak tu..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Prihatin Atau Diam? =-.
[Balas]
todin Reply:
April 28th, 2010 at 4:08 am
@fiezaradzi,
manja anak tangan tangan kan.. kui kui.. of coz la.. klu gue lee..
klu da salah.. tetap salah.. ape plak yg tak salah kene marah..
[Balas]
fiezaradzi Reply:
May 3rd, 2010 at 11:32 am
@todin, sama dgn kite.. hehee.. tapi de gak mak ayah yg anak salah tapi tak nak marah.. jadi camne die didik anak die ye? mungkin de kaedah special kot…
[Balas]
erk, kena sound begitukah? pada pandangan saya yang juga cikgu ni (walaupun bukan cikgu sekolah, tapi still cikgu kan), masyarakat perlu mengambil tahu setiap satu yang berlaku, dan kita ada hak selagi tak melanggar mana – mana undang-undang untuk menyuarakan apa yang betul pada pandangan kita dan apa yang salah. dan oranglain pun boleh menyuarakan benda yang difikirkan sebaliknya, tapi dalam hal ini, yang penting tak perlu emosional, kalau rasa tak kena atau tak setuju tak payah baca post tu, senang. cntoh orang tak suka siti nurhaliza (sangat la teruk contoh), tak payah nak kutuk2 kalau tak suka, buat tak tau je, kan tenteram jiwa..hehe (from my humble opinion)
.-= zaihana´s last blog ..Nak senyum je boleh tak? =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 19th, 2010 at 11:05 am
@zaihana, setuju juge dgn miey.. mmg tak salah utk beri pandangan, tapi beri dari segi pemikiran yg waras, bukan dr segi emosional.. lau tak, semua nak menang.. mmg susah lah..terima kasih miey..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Prihatin Atau Diam? =-.
[Balas]
org xda jawatan dlm kedoktoran tolong dok diam,dan buat keja masing2
muafakat membawa berkat
.-= Wan Perlis´s last blog ..Perspektif Aku Tentang Isu Pembuangan Bayi =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 19th, 2010 at 11:06 am
@Wan Perlis, wah.. lau camni.. lagi teruk la dunia kedoktoran.. hahaa.. ye lah, paling kurang pesakit atau keluarganya nak kena tau pe doktor buat kat pesakit tu… lau tak.. hahaa.. haru tu..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Prihatin Atau Diam? =-.
[Balas]
bunyi kenyataan itu agak angkuh..mgkn ada betulnya jgk pasal tugas guru skrg semakin berat. tu tak termasuk guru yg kena belasah dgn anak murid..
yg penting ibubapa & guru saling berkerjasama dlm usaha utk mendidik anak-anak supaya cemerlang dlm pelajaran..
guru umpama lilin, membakar diri utk menerangi org lain..
p/s: moga ayahanda en. hafiz cepat sembuh hendaknya..
.-= NADRI´s last blog ..Amaran Daripada PETRONAS =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 19th, 2010 at 11:08 am
@NADRI, tul tu nadri.. mmg kerjasama ptg.. jadi ibu bapa perlu ambil sikap ambil tahu daripada diam.. kan.. bukan setakat ibu bapa la.. semua pihak.. barulah nnt de masalah tak ditundingkan pada cikgu jer..
murid2.. sila belajar menerangi diri sendiri juger…
.-= fiezaradzi´s last blog ..Prihatin Atau Diam? =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 19th, 2010 at 11:35 am
@NADRI, oh ye.. alhamdulillah, ayahanda dah semakin sihat.. terima kasih atas doa&ingatan..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Prihatin Atau Diam? =-.
[Balas]
hoho, pengkomen tue tengah emo laa masa tue tu.. tue yang dia hangin tue.. hehe, pendapat tak pernah ada yang 100% org stuju… so normal la tue…
.-= samanosuke_04´s last blog ..Bakat ada, jangan dipendam… =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 21st, 2010 at 10:51 am
@samanosuke_04, mmg tul pun tak semua org sokong 100%.. tapi rasanye kena jaga gak kot adab dan bahasa.. kita kan org msia..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Prihatin Atau Diam? =-.
[Balas]
hai…
terkanag jika kita berdiam maka org akan mudah pijak kpla kita..maka bertindaklah dg menggunakan akal yang waras.
mmg kita di tuntut utk perihatin tapi lihat dulu pada kdan pskitan tsbut.selami..baru kita blh buat kptusan utk menyimpulkannya dgn baik..
mr. demam ke?huhu hope cpt smbuh
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 21st, 2010 at 11:41 am
@suri, tul tu suri.. kita nak cari penyelesaian terbaik.. bukan nak gaduh2.. tak syok lah..
tak de saper demam.. ayahanda sakit sikit2.. tapi dah ok.. thanks..
[Balas]
Trackback & pingback
No trackback or pingback available for this article
Berita Terkini
Berita Popular
Komen Terkini
Copyright fiezaradzi dot com 2012
Powered by Your Inspiration Web