Produk Kosmetik Campurpalsu

Posted by

Assalamualaikum,

Jalan-jalan di fb tadi, terjumpa satu post dari seorang kawan. Ia sangat berkait rapat dengan wanita. Yelah, ramai wanita yang suka produk kosmetik. Tinggal, rajin nak pakai ke tak je. Info ini saya ambil dari BPFK, atau Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan ye.

Produk Kosmetik Bahaya di Pasaran

Adalah diingatkan, kaum wanita khasnya untuk membuat semakan terhadap produk kosmetik yang korang pakai. Bukan apa, ada kalanya, produk yang terdapat di pasaran mengandungi bahan kimia yang tidak sesuai untuk kulit. Jadi, berhati-hati ye. Produk-produk yang disebutkan dalam website BPFK itu telah didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam penghasilan produk kosmetik.

Sepatutnya produk tersebut tidak lagi dijual di apsaran. Tapi, manalah tahu, kalau korang ternampak atau ‘terpakai’ produk yang disenaraikan itu. Cuba tengok gambar bawah ini:

kosmetik bahaya photo produkkosmetikbahaya_zpsdda61757.jpg

kosmetik terlarang photo produkkosmetikterlarang_zps0a689454.jpg

kosmetik bahan kimia photo produkkosmetikbahankimia_zps7b695309.jpg

Untuk maklumat lanjut, boleh tengok di sini. Saya, cuma sampaikan dari website tersebut. Kalau dia tipu, saya pun tertipu lah.

@fiezaradzi.com – Cukup pakai bedak lipbalm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *