Puasa oh, Puasa

Posted by

Assalamualaikum,

Salam buat semua. Pejam celik, tak sampai 2 minggu lagi kita umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan. Alhamdulillah, sekali lagi kita sempat bertemu dengannya. Bayangkan kalau kita tidak sempat menemui kekasih yang satu ni, cuba bayangkan..

Apa pun, semoga Ramadhan atau bulan puasa ini kita sambut dengan sebaiknya. Jangan pula ada yang ambil langkah singkat dengan pelbagai alasan untuk tidak berpuasa.. Sedangkan wanita hamil boleh berpuasa, apatah lagi yang sihat lagi segar bugar.. Dan jangan pula jadikan kerja sebagai alasan, kecuali jika benar-benar ada kemudaratan lain..

Okay, kalau sebut pasal puasa, mana satu yang cukup sinonim dalam fikiran korang? Jom tengok kalau ada yang sama atau hampir sama dengan fikiran masing-masing..

DUIT – Bila puasa, dua perkara je, satu lagi banyak duit habis sebab membeli belah makanan di pasar menjual makanan berbuka atau lebih jimat sebab berbuka dengan kadar sederhana. Mana satu kategori korang?

BAJU RAYA – Orang kita, bila cakap puasa ni, ingat nak raya je.. Tak semua la kan.. Kadang-kadang tu belum puasa lagi dah ada promosi bagai, semua ni sebab nak beraya. Bukan setakat baju raju, silap-silap satu rumah nak beraya, perabot baru, langsir baru, macam-macam baru la..

DUIT RAYA – Ni pun satu sebab lagi, yang dah kerja nak fikir duit raya untuk anak-anak, anak buah dan sebagainya. Silap hari bulan, nak tukar duit raya kat bank pun dah habis.. Tapi kalau niat untuk bersedekah dan tidak menunjuk-nunjuk, tiada masalah. Jangan fikir nak kutip duit raya bagi pihak anak-anak cukuplah..

GASTRIK – Kalau dulu hari-hari biasa, takde pun istilah gastrik walau pun makan tak tentu jadual. Tapi bila time puasa je, ada je masalah menimpa. Jangan jadikan alasan. Ingat ini mungkin puasa terakhir kita…

MENU BERBUKA DAN BERSAHUR – Suri rumah terutamanya paling sibuk akan perkara ini. Kadang-kadang lepas berbuka hari ni, dah tanya suami nak berbuka apa ek esok? Jangan risau, selalunya di bulan puasa inilah kita mampu mendidik perut supaya bersederhana dalam pemakanan. Bukankah itu bermanfaat untuk kita?

PUASA GANTI – Yang ni sila ingat betul-betul. Sudah bergantikah puasa tahun lepas atau tahun-tahun lepas? Jika sudah, alhamdulillah, bagus. Jika belum, masih ada beberapa hari yang tinggal. Jika tidak jangan segan silu membayar fidyah dan ganti balik ye..

Apa pun, semoga yang baik-baik berlaku pada kita. Pada yang biasa tinggalkan puasa, bertekadlah untuk melakukan yang lebih baik berbanding tahun lepas. Ingatlah ada lagi golongan yang mungkin lebih susah dari kita tetapi mampu menunaikan tanggungjawab itu. Moga-moga ia dipermudahkan Allah. Bagi yang sedia berpuasa, tingkatkanlah amalan lain supaya kita lebih hebat dinilai Dia Yang Satu.

@fiezaradzi.com – harap-harap puasa penuh tahun ni sama macam tahun lepas..

** gambar – tima kasih daun keladi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *