Pulangan Pelaburan Melebih 2000% Setahun

Assalamualaikum semua,

Puas berhujung minggu tak? Memang semenjak kerja pagi petang ni, hujung minggu memang rasa sekejap sangat. Esok dah nak kena kerja. Apa boleh buat. Tugas dan tanggungjawab kan..

Misi mencari basikal dah berjaya. Hari ni sibuk mengayuh basikal kat luar tu. Mak ayah juga yang dok menternak lemak.

Pergi kerja sekarang ada dua kaedah. Bawak toyota vios kesayangan yang alarm malu-malu nak bunyi sekarang ni, dengan naik lrt putra. Masa dua-dua kaedah lebih kurang je. Tambah tolak 1 jam. Kalau rasa malas nak tempuh sesak, memang naik lrt. Minggu lepas, 5 hari naik lrt.

Kalau dalam lrt, memang aktiviti biasa yang boleh kita tengok, sama ada tidur, main handphone, dengar lagu, atau pun membaca. Bab membaca mungkin kurang sikit lah. Saya pun suka baca buku dalam lrt. Sekarang dalam usaha habiskan buku cerita pasal Sultan Salahuddin Al-Ayubi. Dah 40-45 minit dalam lrt, habis juga 3-4 bab kan.

Kali ni ada satu GA dari bro anuar. Blogger ni nak bagi buku free. Korang cuma tulis apa yang entri tu cakapkan, dan nanti korang bolehlah dapat buku free. Best tak? Best tak? Tapi kena ikutlah apa yang diperlukan seperti dalam entry bro tu.

Harap-harap buku yang saya nak ni ada rezeki dengan saya. Boleh baca buku yang digembar-gemburkan. Betul tak? Kalau dapat boleh tambah koleksi bacaan dalam lrt nanti. Selain isi masa 45 minit naik lrt, boleh juga tambah ilmu mana yang kurang. Ilmu ni luas kan. Bila lagi nak cari kalau time masa sihat dan lapang ni. Silap-silap boleh buat modal tulis blog yang makin lama makin suram ni. Menarik, menarik.

 buku free

So, kalau korang berminat nak buku free untuk bacaan korang, silalah mula dah lawat blog bro anuar ye. Cepat sebelum terlambat.

2 Comments

  1. ira 2 August 2017 Reply
  2. hafizmd 1 February 2017 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge