Assalamualaikum,
Sungguh ambil beberapa ketika nak berfikir ayat pertama untuk ditulis. Dah berapa lama, biarkan blog ini berbicara sorang-sorang. Yang datang komen pun, belum sempat nak dibalas. Sungguh, sejak minggu lepas (hari Khamis), baru hari ini berkesempatan nak ‘log in’ dan tulis sesuatu.
Kalau korang blogger tegar, baguslah, tapi saya bukan blogger tegar. Dah kalau seminggu sekali dua je jenguk, tegar apa namanya. Tapi, itulah, kena beri lebih ruang kepada yang lebih perlu.
Kerja, lebih sibuk seminggu dua ni, kehadiran keluarga minggu lepas, dan sekali lagi ujian melanda bila anak kesayangan dilanda demam. Sudah pasti satu malam tiada tidur lena dibuai mimpi indah, dan penat bekerja bila mana beban kerja empat orang dipikul dua orang. Kalau kerja tulis-tulis blog, tak pe jugaklah, tapi tugas memang berat, kerja berat senang cerita. Tapi, itulah kehendak dan keperluan pekerjaan yang ada sekarang. Tugas, perlu dilaksanakan sebaik mungkin.
Ye, saya pun bukan blogger tegar. Sekali sekala menjenguk blog, yang boleh update bila rasa perlu dan ada masa. Untuk berjaga malam semata-mata kerana blog, mungkin belum tiba masanya. Nanti ada masa lebih saya ke blog kawan-kawan semua ye…
@fiezaradzi.com – peminat tegar cerita Korea, tapi kalau bandwidth yang sedia ada, nak buka emel pun kalah siput berjalan, macam mana???



{ 30 comments… read them below or add one }
sejak kebelakangan ni pun agak sukar nak meluangkan masa mengadap blog..tu tak kira bab main game lagi..hehehe..
selain menyiapkan kerja menaip kertas soalan untuk murid kelas, melayan anak anak lagi..
habess bandwith ? hehehe..kitorang sini pakai P1 pakej paling murah..5GB quota..tapi selalunya baru seminggu lepas penuh balik mesti 0% bandwith..ping ip je la untuk download movie..hehehe
post terbaru pipoq ..Wordless Wednesday – Semoga lebih baik dari sebelumnya
@pipoq, ni mesti peminat setia movie ni.. hehe.. kdg2 terbabas juga.. cerita best.. kena layan, kan..
aku juga bukan blogger tegar
tapi masih blogger segar
hehe
post terbaru tehr ..Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan
@tehr, kalau segar, bagus, mesti entry2 segar jugak…
Seminggu sekali jenguk blog kira ok la tu. tuntutan kerja lebih utama. Lainla kalau blog ni jadi sumber pendapatan tetap. Kena jadi tegar dan segar jugak la. Kalautak miss soruu.
post terbaru Cikgu Hairul ..Kebaikkan Duit Baru
@cikguhairul, lau yg sepenuh masa, mmg kena tegar la kan.. lau tak, mmg silap2 makan biskut tiap2 hari…
macam mana aku nak tegar broadbend aku limit 1.5g,
post terbaru onlajer ..Ramadhan Datang
@onlajer, lebih kurang kita, 3g, kongsi 2 org.. huhu..
saya pun bukan blogger tegar jugak.
post terbaru eiela ..Pucuk Ubi Punca Kambing Sakit Perut
@eiela, tak pe, janji kdg2 de update.. ok tu
saya pun blogger tegar, tapi blogger malas tahap tegar la. Hehehe.
post terbaru faizul ..Patutkah aku ada domain sendiri?
@faizul, ok tu, janji tegar.. hehe… lebih kurang je kita
keutamaan sudah tentu perlu diberikan pada keluarga tercinta kan..
semoga segala kembali ok…
@Hairul, itulah, keluarga tentunya paling utama. insyaallah, moga2 begitulah
haha..yang penting didahulukan..oo minat cerita korea yer..bandwith kurang yer..so,jgn download lebih-lebih.haha
post terbaru Hafizul ..Pancing SEO Dengan Umpan Lagu Pondok Kecil
@hafizul, tak download, tgk online je.. itu pun sikit2 je tgk.. tup2 habis bandwidth… haha.. padan muka..
setiap orang ada reason sendiri kenapa berblog
masing-masing ada kesibukan sendiri, maka dari situ tahap komitmen jadi berbeza-beza. Ada orang tegar berblog, ada orang berblog biasa-biasa sahaja.
@iAwani, mmg betul pun, itu yg tegar ke tak tu..
betul Fieza, bagi saya berblog ni minat sebab saya minat membaca dan minat aktiviti penulisan. Kena pulak ngan passion pada tech.
@iAwani, boleh dpat byk ilmu pulak kan.. mmg tak rugi berblog ni, asal ke arah yg baik..
ya, betul Fieza, thanks ..
sama2..
biasalah tu. bila lama tak bukak malas sket. kena cari momentum baru nak selalu buka blog. hehe. peminat korea? stream online la ni,memang cepat habis bandwidth.
post terbaru Izwanyusof ..Merisik Eyriqazz vs Denaihati
@izwanyusof, itulah dia.. bila lama tinggal, mmg malas tu dtg cepat jer… haha
haah, nak2 tgh layan satu citer yg mmg minat.. aduh, mmg cepatlah habis kan.. belum campur kongsi2 lagi..
Kami mmg bukan blogger tegar, tapi kami sentiasa segar =)
post terbaru hafizmd ..Tahun Kedua Cik Tom…
@hafizmd, mau tak segar, hari2 ceria, mestilah segar.. haha.. de tak macam sayur segar?
ciktom sejak seminggu 2 ni pun mmg busy..arini br smpt singgah blog rakan2.
post terbaru cik tom ..Panduan Lengkap Peperiksaan Akauntan Gred W41
@cik tom, blogger hebat, mmg sibuk. hehe.. kami pulak sibuk bukan sebab hebat, sbb malas.. haha
adeh komen ciktom msk spam k? tlg unspam ye..
@cik tom, maaf, byk hari tutup blog, itu yg tak check.. sorry ye.. dah ok..