Pun Bukan Blogger Tegar

Posted by

Assalamualaikum,

Sungguh ambil beberapa ketika nak berfikir ayat pertama untuk ditulis. Dah berapa lama, biarkan blog ini berbicara sorang-sorang. Yang datang komen pun, belum sempat nak dibalas. Sungguh, sejak minggu lepas (hari Khamis), baru hari ini berkesempatan nak ‘log in’ dan tulis sesuatu.

Kalau korang blogger tegar, baguslah, tapi saya bukan blogger tegar. Dah kalau seminggu sekali dua je jenguk, tegar apa namanya. Tapi, itulah, kena beri lebih ruang kepada yang lebih perlu.

Kerja, lebih sibuk seminggu dua ni, kehadiran keluarga minggu lepas, dan sekali lagi ujian melanda bila anak kesayangan dilanda demam. Sudah pasti satu malam tiada tidur lena dibuai mimpi indah, dan penat bekerja bila mana beban kerja empat orang dipikul dua orang. Kalau kerja tulis-tulis blog, tak pe jugaklah, tapi tugas memang berat, kerja berat senang cerita. Tapi, itulah kehendak dan keperluan pekerjaan yang ada sekarang. Tugas, perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

Ye, saya pun bukan blogger tegar. Sekali sekala menjenguk blog, yang boleh update bila rasa perlu dan ada masa. Untuk berjaga malam semata-mata kerana blog, mungkin belum tiba masanya. Nanti ada masa lebih saya ke blog kawan-kawan semua ye…

@fiezaradzi.com – peminat tegar cerita Korea, tapi kalau bandwidth yang sedia ada, nak buka emel pun kalah siput berjalan, macam mana???

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *