Lifestyle Wanita

Baju Ketat Buat Lelaki Kacak Menjauh

Kalau dibuat satu bancian, tentu pemakaian baju ketat ni dilihat lebih ramai pemakainya berbanding baju yang longgar. Bukan nak menangkan baju spesis ini, tetapi ia adalah kenyataan. Cuba lihat dan kaji, adakah benar apa yang saya cakapkan. Tapi wahai perempuan cantik di luar sana, tahukah sebenarnya pemakaian baju ketat boleh mengundang berlakunya jerawat? Ha, pertama kali dengar? Tapi, ini bukanlah jerawat di muka, tetapi di bahagian lain di badan si pemakai, seperti di badan, dada dan juga di kaki.

Ini disebabkan apabila kulit mati dan adanya peluh yang terperangkap di badan. Kalau dah pakai baju ketat, agak sukarlah untuk peluh hilang. Apatah lagi kalau memakai pakaian dari fabrik polyester atau lycra. Ini seterusnya menggalakkan pembiakan bakteria. Jadi, selepas ni fikir dahulu sebelum pakai ye. Lebih baik pakai baju dari fabrik kapas dan longgar supaya dapat memberi ruang kepada sel badan untuk bernafas.

Siapa hendak kalau jerawat penuh di badan kan? Silap hari bulan, habis lari lelaki kacak di sekitar anda.

Menurut ahli dermatologi dan penulis buku “Heal Your Skin”, Ava Shamban serta Pengarah Pusat Latihan Dan Pembangunan Institut Dermatologi, Annet King, ada 6 perkara lain yang bolehkan jerawat timbul, iaitu:

Penggunaan alat solekan dengan bahan-bahan tiruan – ada alat solekan yang menggunakan bahan-bahan tiruan seperti dalam bedak, berus solekan dan pembayang mata.

Tekanan pada permukaan kulit – penggunaan telefon bimbit, memegang muka anda dengan tangan yang dikuatiri ada bakteria, yang seterusnya akan menyebabkan jangkitan. Kalau ada luka, lagi lah mudah itu jangkitan berlaku.

"jerawat dan lelaki kacak"Terima kasih spanarburuk

Stress – kulit akan menjadi kusam setiap kali kita stress kerana disebabkan oleh pengeluaran hormon berlebihan dan juga kortisol yang menyebabkan jerawat.

Pakaian dan alas katil/bantal yang kotor – Bakteria juga boleh terdapat pada sel mati. Ketika tidur, sel mati akan gugur bersama bakteri hidup yang seterusnya melekat pada alas tidur atau bantal, yang seterusnya akan ‘pulang’ semula kepada badan kita.

Produk rambut – ada sesetengah bahan pada syampu dan produk rambut lain boleh menyebabkan kulit yang terkena rambut akan tersumbat. Maka tidak mustahil, jerawat akan menjelma di bahagian kulit yang terkena bahan tersebut.

Berus solek – Kulit mati boleh terlekat pada berus solekan apabila menggunakannya. Apatah lagi jika ia tidak dibasuh dan dignakan berulang kali. Tentu saja ada bakteria di mana-mana.

Sumber ini diambil dari bacaan di sini

Rasanya kalau tidak membasuh badan selepas bersabun sebaiknya, boleh jadi juga jerawat kan…

@fiezaradzi.com – Masa mengandung dulu, muka adalah yang paling licin, tak de jerawat..

1 thought on “Baju Ketat Buat Lelaki Kacak Menjauh”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge