Rahsia Mengukuhkan Perhubungan

Posted by

Kali ini kita cakap pasal hubungan sesama manusia la sikit.. Ikutlah hubungan dengan sesiapa kan, tapi ini lebih kepada cinta hati.. Ada juga yang boleh guna untuk kawan-kawan kan.. Jom..

  1. Berkongsi masalah — Jika ada sesuatu yang menyesakkan fikiran, apa salahnya berkongsi dengan si dia. Di samping berkemungkinan dapat menyelesaikan masalah, si dia juga akan rasa lebih dihargai. Tak percaya? Cubalah..
  2. Jangan pandang remeh — Kadang-kadang perkara itu mungkin sesuatu yang remeh di mata anda, tapi di matanya… Jadi, cuba faham dan beri sokongan sebaiknya. Tapi satu pihak lagi jangan terlalu mengangkat perkara yang sangat remeh menjadi terlalu besar, kelak diri sendiri rugi..
  3. Beri pujian — sekali sekala apa salahnya memuji pasangan. Contohnya sedap makanan yang dimasak, atau kelihatan kacak hari ini.
  4. Bawa berbincang. Jangan terlalu menggunakan kuasa mutlak dalam menentukan sesuatu hal. Cuba bertanya dan fahami satu antara lain. Kadang-kadang kaum wanita terutamanya lebih suka memendam rasa hati daripada suarakannya. Jadi gunakan kepandaian dalam memujuk.
  5. Bertolak ansur — baik dari segi emosi mahu pun tenaga. Apa salahnya berbincang dan mengalah jika ada masalah dan apa salahnya tolong menolong dalam urusan rumah tangga. Apa yang penting? — Kerjasama..
  6. Tunjukkan kasih sayang, prihatin — Kadang-kadang perkara inilah yang sangat-sangat ditunggu oleh kaum wanita. Bukan segunung berlian atau kasut mewah. Cuba amalkan, pasangan anda mungkin akan menjadi pasangan yang paling setia
  7. Ambil berat — gunakan teknologi yang ada, beri mesej mesra atau bertanya khabar. Tetapi tidaklah sampai perlu menghantar laporan di atas setiap perkara yang anda lakukan. Ini macam dah kena kontrol.
  8. Kejutan — sekali sekala lakukan kejutan biarpun pada hari-hari biasa. Berikan hadiah (tak perlu mahal-mahal) sekali sekala atau tulis surat buat pasangan menyatakan perasaan anda. Atau bawa pasangan berkelah secara sendiri atau dengan keluarga.
  9. Elakkan perselisihan atau pertengkaran — elakkan mengatakan sesuatu yang mungkin menyebabkan pasangan rasa jauh hati. Ambil masa jika perlu (tetapi tidak terlalu lama) untuk mententeramkan perasaan dan mengumpul kekuatan.
  10. Pertahan maruah — Sebaiknya anda yang lebih kenal pasangan anda. Selidik dulu jika ada gosip liar tentnag pasangan. Jika ternyata pasangan anda benar, pertahankan maruah. Bagi kaum wanita pula, jaga maruah suami dengan tidak menceritakan perihal pasangan kepada orang luar.

Kalau kena gaya, pasangan akan ingat sampai bila-bila. Jadi tidak salah menyatakan perasaan anda lebih-lebih lagi dalam rumah tangga.

@fiezaradzi.com – wanita mengandung memang tak tentu hala perasaannya. Tengok citer kat tv pun boleh leleh air mata, biar pun tak sesedih mana.. Kena geletek pun ngalir air mata.. hahahaa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *