Rekod Baru Bidaan Kenderaan

Posted by

Assalamualaikum,

Baru je terbaca mengenai bidaan untuk nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan. Hebatnya, sampai mencecah 18,243 bidaan yang diterima, paling banyak di JPJ Wangsa Maju. Mesti tinggi bidaan, silap-silap boleh beli 2-3 biji kereta lain.

Bidaan yang dibuat ni untuk plat bermula dengan WWW. Nasib baik kat Malaysia ni lepas huruf, de nombor. Kalau tak, mau jugak bida untuk www.fiezaradzi.com..Hahaha.. Terbaik. Tapi bidaan ni belum lagi diumumkan, sebabnya terlalu banyak, jadi kerja pun kena buat banyak lah. Tempahan bidaan telah pun ditutup.

Bidaan ni memang merekodkan sejarah baru dalam industri kenderaan kat Malaysia ni. Kalau ada yang guna nama blog bernombor, mesti tak lepas peluang kalau ada duit lebih kan. Lelaki kacak berduit lebih mesti nak juga.  Oh ye, kalau tak silap bidaan akan diumumkan pada 24 Mei nanti.

Sebanyak 12,805 bidaan telah diterima di JPJ Wangsa Maju, 2,362 di JPJ Bandar Seri Permaisuri, 926 di JPJ Maju Juntion dan 2,150 di Pos. Dijangkakan juga harga paling tinggi mampu tercatat melalui bidaan nombor ini. Terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa.

Jadi, lelaki kacak dan wanita cantik di luar sana, ada yang tempah ke nombor internet ni, WWW?

Lelaki kacak boleh menang BMW dengan senang

@fiezaradzi.com – Dapat Pingat Jasa Kebaktian saje..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *