Renungan Jumaat #1

Posted by

Sekadar renungan bersama,

terima kasih daun keladi

Terjemahan ayat 271, Surah Al-Baqarah:

Sekiranya kamu memperlihatkan sedekahmu, perkara itu baik. Sekiranya kamu bersedekah kepada orang fakir dan kamu menyembunyikannya, itulah yang lebih baik bagi kamu. Allah menghapuskan sebahagian kesalahan-kesalahanmu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Terjemahan ayat di atas menunjukkan jika kita bersedekah secara terang-terangan (maksudnya ada orang lain yang tahu), ia adalah baik, supaya sedekah itu menjadi ikutan orang lain. Tetapi jika kita bersedekah kepada yang selayaknya tanpa emmberitahu orang lain, itu adalah lebih baik bagi mereka yang bersedekah.

Selain itu, niat bersedekah juga perlu dipastikan baik. Jika niat untuk menunjuk-nunjuk, yang bersedekah itu tidak mendapat apa-apa kebaikan, malahan boleh membawa kepada keburukan pula. Niat kerana Allah, dan bukan meminta balasan pula. Allah tahu apa yang kita kerjakan. Insyaallah..

@fiezaradzi.com – sedekah RM10 rasa besar, tapi kalau dihabiskan di pasar raya, apa lah yang dapat kan… Di manakah kita?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *