Renungan Jumaat #2 – Kewajipan Bertudung

Posted by

Assalamualaikum, selamat hari Jumaat. Kali ini nak cerita tentang satu peristiwa di zaman Rasulullah SAW yang terbaca dalam satu buku, ‘Khalifah-khalifah Yang Benar’, tulisan Abdul Latip bin Talib. Best buku ni, tapi nanti saya cerita, sebab buku ni tebal, tak habis baca lagi.

Okey, kita terus ke perkara sebenar. Cerita ni berlaku ketika awal penghijrahan umat Islam ke Madinah. Ia terjadi di pasar Qainuqa, yang mana ramai kaum Yahudi terutamanya Yahudi Qainuqa berniaga di situ.

Pada suatu hari, seorang wanita Islam datang ke pasar tersebut. Beberapa orang Yahudi di situ menyuruh wanita tersebut membuka tutup kepala atau tudung yang dipakainya, tetapi wanita itu enggan. Yelah, dah masa tu dah masuk Islam kan, jadi, aurat kenalah jaga. Keengganan tersebut memaksa salah seorang pemuda Yahudi menarik tudung wanita tersebut hingga ternampak auratnya.

Wanita tersebut menjerit dan menarik perhatian seorang pemuda Islam di situ. Terus jadi pergaduhan sebabnya pemuda Islam itu telah memukul pemuda Yahudi tadi, manakala kawan-kawan pemuda Yahudi itu pula memukul pemuda Islam tadi. Secara tidak langsung, umat-umat Islam yang berada di situ turut sama membantu rakan mereka. Pergaduhan itu menjadi besar, hingga tercetus satu peperangan antara orang Islam dengan orang Yahudi Bani Qainuqa. Akhirnya orang Islam beroleh kemenangan dan orang Yahudi terpaksa meninggalkan Madinah.

Itulah dia, kerana menegakkan ajaran agama, tercetus peperangan. Demi maruah kan.. Memang lelaki kacak dan wanita cantik lah. Kita, macam mana lah, fikir-fikirkanlah..

@fiezaradzi.com – hujung minggu nak jumpa kawan-kawan lama yang sudah lama meninggalkan zaman matrik dulu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *