Assalamualaikum, selamat hari Jumaat. Kali ini nak cerita tentang satu peristiwa di zaman Rasulullah SAW yang terbaca dalam satu buku, ‘Khalifah-khalifah Yang Benar’, tulisan Abdul Latip bin Talib. Best buku ni, tapi nanti saya cerita, sebab buku ni tebal, tak habis baca lagi.
Okey, kita terus ke perkara sebenar. Cerita ni berlaku ketika awal penghijrahan umat Islam ke Madinah. Ia terjadi di pasar Qainuqa, yang mana ramai kaum Yahudi terutamanya Yahudi Qainuqa berniaga di situ.
Pada suatu hari, seorang wanita Islam datang ke pasar tersebut. Beberapa orang Yahudi di situ menyuruh wanita tersebut membuka tutup kepala atau tudung yang dipakainya, tetapi wanita itu enggan. Yelah, dah masa tu dah masuk Islam kan, jadi, aurat kenalah jaga. Keengganan tersebut memaksa salah seorang pemuda Yahudi menarik tudung wanita tersebut hingga ternampak auratnya.
Wanita tersebut menjerit dan menarik perhatian seorang pemuda Islam di situ. Terus jadi pergaduhan sebabnya pemuda Islam itu telah memukul pemuda Yahudi tadi, manakala kawan-kawan pemuda Yahudi itu pula memukul pemuda Islam tadi. Secara tidak langsung, umat-umat Islam yang berada di situ turut sama membantu rakan mereka. Pergaduhan itu menjadi besar, hingga tercetus satu peperangan antara orang Islam dengan orang Yahudi Bani Qainuqa. Akhirnya orang Islam beroleh kemenangan dan orang Yahudi terpaksa meninggalkan Madinah.
Itulah dia, kerana menegakkan ajaran agama, tercetus peperangan. Demi maruah kan.. Memang lelaki kacak dan wanita cantik lah. Kita, macam mana lah, fikir-fikirkanlah..
@fiezaradzi.com – hujung minggu nak jumpa kawan-kawan lama yang sudah lama meninggalkan zaman matrik dulu..



{ 24 comments… read them below or add one }
Mmg besar ganjarannya menegakkan syiar islam… Org dulu sangup bergadai nyawa menegakkan hukum islam… tapi Org sekarang sangup buat apa saja dan mengetepikan agamanya..
post terbaru Hairul Hissam ..Pemenang Program Kongsi Resepi Dapat Duit 2012
@Hairul Hissam, ada yang tak.. dan de juga yg guna agama utk kepentingan masing2..
keimanan org dulu2 mmg teramatlah bagus..
teguh betul keimanannya. Zaman sekarang, kat mana-mana pun boleh nampak rambut dan lengan perempuan
post terbaru Norasikin ..Resepi Cucur Udang Asas
@Norasikin, itu betul.. kdg2 dah cantik, rambut ditutup, cuma lengan pulak nampak.. harap2 kita terus setia kekalkan menjaga aurat masing2..
sebaik-baik perang pada jalan yang BENAR =)
post terbaru hafidz ..Kord Gitar : Pesawat – Mirage
@hafidz, sebab kemenanga itulah yg akan kekal dan akan d terima Allah
kemenangan dlm menegakkan Islam, mmg itulah yg terbaik..
@hafidz, nanti nak baca buku perang2 yang benar pulak…
Bertindak atas nama kebenaran kerana Allah
Moga mendapat keredhaan-Nya
post terbaru tehr ..Separuh Akhir Piala FA 2012 | Siaran Langsung
@tehr, ameen.. harap2 redha Allah pun ada utk kita semua..
aku tak boleh pakai tudung.
post terbaru titan ..Edisi Siasat – Buat Duit dengan HzTours
@titan, pakai serban..kopih ka..helmet ker kacak gak
@suri, lau pakai helmet full face tu mmg tak nampak kacak ke tak.. hehe
@titan, tak pe, nnti de tangungan yg kena pakai tudung..
tp skrg ni..memang susah nak jumpa situasi mcm ni kan
post terbaru chii ..Majlis Perkahwinan
@chii, klu luar negara mmg ada chii hee tggal lagis anggup dg tdk shja huhu…
@suri, selalunya lau pak arab leh jadik jer.. silap puji bini dorang pun silap2 leh rasa penumbuknya..
@chii, lau kat msia mmg agak susah la kan..
tahniah sb blog ini ambil berat hal aurat yeh! syukur sangat2
cuma sampaikan mana yang rasa perlu suri.. sebagai pompuan, aurat mmg penting kan..
Begitulah kehebatan seorang pemuda islam terhadap saudaranya… dia ttp cuba menjaga kehormatan saudara seagamanya….kalau zaman skg rasanya camne lak yerrr…
post terbaru yas ..Lelaki Subur Pupus – 2062.
tepuk dada, tanya iman kita.. lau sekarang kadang2 berlaku sebelah rumah pun, kita tak nak masuk campur… betapa kerdil kita ni..
sanggup berperang demi maruah. kuatnya iman mereka dahulu.
post terbaru Oh! budu ..Orang kelantan kuat semangat kenegerian?
@ohbudu, mmg pun, kita ni macam mana lah kan… berperang sbb lain..