Resepi Ayam Madu Masak Ros SG

Assalamualaikum,

Bersiaran kita kali ini dari dapur Sri Gombak. Ayam masak ros ni memang saya cukup suka kalau makan dengan nasi tomato. Kena pedas sikit, memang terbaiklah. Biasanya bulan puasa ramai yang jual. Sebelum ni asyik beli je, kali ini cuba buat sendiri lah.

Jom kita tengok bahan-bahan yang perlu:

bahan2-1

  1. Ayam (kalau dua orang separuh ayam pun dah kira banyak)
  2. Tomato – man (bukan cik tom ye). Dalam 2-3 biji — dikisar
  3. Cili muda, yang merah-merah, hijau sikit tak pe — dikisar
  4. Bawang besar, bawang merah dan bawan putih, kalau suka bawang banyak, boleh letak banyak — juga dikisar
  5. Serai sebatang (adda yang suka dikisar, ada yang suka ketuk) — saya kisar sekali dengan bawang
  6. Bunga lawang (3), kulit kayu manis (1) dan bunga cengkih (3)
  7. Susu cair (1-2 senduk besar)
  8. Sos cili dan sos tomato untuk pekatkan kuah
  9. Cili kisar atau cili boh (bagi rasa pedas lebih)
  10. Garam dan gula secukup rasa

Cukup bahan-bahannya. Senang je. Tak perlu susah-susah punya. Jom ler kita mula memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Ikut korang suka masak guna apa.
  2. Goreng ayam (bahan no.1) seperti biasa (ada kunyit dan garam. Saya suka tambah madu sekali). Ketepikan.
  3. Tumiskan 3 beradik bunga dan kayu tu (bahan no.6)
  4. Masukkan bawang kisar dan serai (bahan no. 4 dan 5)
  5. Bila dah ada bau wangi, masukkan pula tomato dikisar dan cili muda (bahan no. 2 dan 3)
  6. Boleh juga masukkan cili kisar (bahan no. 9). Ikut citarasa kepedasan masing-masing. Kalau suka pedas, boleh masukkan lebih, dalam 3-4 sudu.
  7. Tambah sos tomato dan sos cili untuk pekatkan kuah (bahan no. 8).
  8. Masukkan garam. Biar sehingga kuah pecah minyak. Kemudian boleh masukkan gula secukup rasa. (bahan no.10).
  9. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi (langkah  no.2)
  10. Biarkan seketika dan tambah sedikit susu cair untuk lebih rasa lemak (bahan no. 7). Masak dengan api sederhana.
  11. Boleh dihidangkan untuk makan tengah hari.
  12. Jom makan…

tghmasak

Tengah dimasak

sediadimakanSudah boleh disantap

Kenapa saya suka tambah madu masa goreng ayam? Kalau nak ayam tu lebih lembut, korang bolehlah tambahkan madu. Dah cuba banyak kali dan memang terbukti lebih lembut. Kalau ayam kampung, lagi sodap…

Selamat Mencuba…

@fiezaradzi.com – Resepi yang lama tersimpan dalam kepala..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge