Makan

Resepi Kacang Buncis

Assalamualaikum,

Resepi kacang buncis. Korang kenal tak dengan kacang buncis? Rupa dia ala-ala kacang panjang, tapi kalau tengok betul-betul, ada bezanya. Warnanya hijau dan sangat sesuai tumbuh pada suhu 25 hingga 35 darjah Celsius, dengan taburan hujan 168 milimeter sebulan.

Nak masak kacang buncis ni senang je. Kali ni kita tengok resepi kacang buncis yang digoreng. Jom try:

Bahan-bahan:

  1. Kacang buncis
  2. Bawang merah, bawang putih
  3. Sedikit kunyit dan sedikit air
  4. Telur sebiji
  5. Garam

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Tambahkan garam secukup rasa.
  3. Masukkan kacang buncis dan goreng. Tambah sedikit air jika perlu.
  4. Bila agak masak, tambahkan sedikit kunit serbuk untuk warna kuning.
  5. Pecahkan telur dan goreng sekali.
  6. Siap untuk dihidangkan.

 photo kacangbuncis_zps210f05bf.jpg

Sumber gambar: google

Ada orang kadang-kadang letak pedal ayam untuk goreng sekali. Ikutlah, kalau nak boleh je. Kalau nak pedas sikit, letak cili kisar atau cili padi. Boelh buka selera nak buka puasa nanti. Selain goreng-goreng ni, kacang buncis kalau masak dengan udang buat kari pun sedap juga. Bolehlah cuba nanti.

Macam mana korang buat dengan kacang buncis tu sebelum dimasak? Mak ajar buang dulu tepi kacang buncis tu. Ada tekniknya. Jom kongsi.

@fiezaradzi.com – Kacang buncis ok lagi, kacang panjang kalau makan, biasanya angin pun akan datang menjenguk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge