Buku

Review Buku | Lembing Awang Pulang ke Dayang

Assalamualaikum,

Review buku, Lembing Awang Pulang ke Dayang. Rasa-rasanya ramai dah tahu cerita tradisional ini kan. Dulu masa sekolah rendah, siap ada persembahan lakonan semperna Majlis Penyampaian Hadiah hujung tahun lagi. Jangan tak tahu, cerita ini ada yang dibuat filem tau. Pernah tengok?

Lembing Awang Pulang ke Dayang, satu lagi karya Abdul Latip Talib, adalah keluaran PTS Litera Utama Sdn. Bhd.Versi ini adalah berbeza dengan versi yang biasa kita dengar, yang kita baca (karya Cikgu Shaharom Hussain, 1957) atau yang kita tonton (filem Lembing Awang Pulang ke Dayang, 2009). Di awal-awal halaman buku pun ada dinyatakan ianya adalah versi kajian Encik AbdulLatip sendiri.

Cerita Melayu Dahulu Kala

Lembing Awang Pulang ke Dayang mengisahkan dua orang sepupu yang bersetuju mengikat pertunangan selama tiga tahun. Awang belayar ke Siak dan Makasar bagi tujuan mencari wang hantaran dan kain tenunan Makasar seperti yang diminta pihak keluarga perempuan. Selepas tiga tahun, Awang masih belum pulang hingga menyebabkan perkara lain berlaku. Kena beli dan baca kalau nak tahu lebih lanjut.

 photo lembingawangpulangkedayang_zps64b5b7e9.jpg

Pendapat

Buku ini memberi gambaran kepada kehidupan orang Melayu di zaman dahulu di bawah pemerintahan Sultan Johor. Mereka suka akan kekuasaan dan kekayaan (berapa kerat sangat yang tak suka kan..), hingga timbul pergolakan, walaupun pada awalnya mereka boleh hidup aman damai dan saling tolong menolong. Lebih-lebih lagi selepas serangan pihak Belanda dan juga Raja Kechil. Rupanya sikap suka menunjuk-nunjuk di kalangan sesetengah orang Melayu adalaah diwarisi sejak dahulu lagi. Dahulu, yang pastinya, bila ada harta, mereka lupa akan persaudaraan dan persahabatan.

Kadang-kadang bila dibaca, orang dahulu ini mudah percaya kepada khabar angin, tanpa selidik terlebih dahulu. Lebih kurang sekarang je kan. Yang lebih menyedihkan khabar berita itu turut dikhabarkan oleh orang yang pernah menganiaya diri mereka sendiri. Perasaan hasad dengki tidak pernah luntur dalam diri mereka yang biasanya berwatak ‘jahat’ ini. Biasanya ada rancangan licik dari mereka dalam usaha menewaskan lawan dan mendapatkan sesuatu.

Ada juga perkara baik orang-orang dulu ni. Mereka sangat berpegang kuat pada janji, lebih-lebih lagi janji antara dua keluarga, sehinggakan pertunangan yang lebih lima bulan tertangguh akhirnya diputuskan. Awang juga dilihat sangat setia pada Dayang, walaupun semasa di ‘luar negara’ ada juga gadis-gadis cun yang minat padanya. Lagi satu, jika anak lelaki, biasanya akan dihantar bersilat atau belajar seni mempertahankan diri. Bagus untuk diikut, manalah tahu ada perkara tak diingini, senang nak pertahankan diri, kan?

Kalau nak ikutkan harga buku Lembing Awang Pulang ke Dayang ini adalah RM23, tetapi masa saya beli ia adalah sudut badjet, jadi dengan harga RM5, saya berjaya miliki buku ini. Tapi saya dah cari di kedai buku online, tak ada pulak, stok dah dikeluarkan kot. Yang ada adalah buku yang saya pernah review ini, siap ulang cetak lagi tau.

Aku fikirkan, manusia ini tidak pernah merasa cukup dengan apa yang dikurniakan Allah. Sepatutnya mereka bersyukur, ini tidak, sesama sendiri saling berbalah. Itu sebabnya orang asing mengambil kesempatan ke atas kita.

-petikan dari buku ini.

Tapi itulah kan, rahsia dalam hati, tak siapa yang tahu.

@fiezaradzi.com – Sama-samalah ambil iktibar yang baik dari segala bacaan, dan segala yang terjadi. Bersatulah untuk menjadi lebih kuat tanpa mengira fahaman dan perbezaan pendapat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge