Rezeki Buat Kita

Assalamualaikum,

Hari ni keluar rumah pergi kerja macam biasa. Yang tak biasanya, cuaca kat bumi Malaysia ni. Semalam, jerebu makin teruk. Keluar pejabat je, rasa macam pelik. Yelah, duduk dalam pejabat tu memang tak nampak luar kan..

Alhamdulillah, Allah masih sayangkan Malaysia. Kat KL banyak juga tempak yang katanya hujan. Kat Gombak pun, menurut en suami hujan turun lebat. Alhamdulillah, satu rezeki dari Allah tu. Bila sampai rumah, ramai juga kawan-kawan up status kat Shah Alam hujanlah, kat PJ hujan lah. Baguslah tu, paling kurang reda sikit walaupun tak banyak jerebu-jerebu yang bertaburan tu.

Pagi tadi masa berjalan-jalan ke pejabat pun, cuaca gelap je. Bukan sebab sampai awal, tapi sebab cuaca memang macam tu. Baru lepas hujan jugak, sebab ada tinggalan air di jalan-jalan.

Kadang-kadang rezeki Allah ni tidak terduga. Macam cuaca jugak kan. Tengah panas terik, tiba-tiba petang hujan. Macam tu jugaklah rezeki kita. Kadang-kadang kita mengeluh duit bulan ni tak cukup lah, nak bayar itu ini, nak beli itu ini, pendek kata macam-macam kita nak buat dan guna dengan wang ringgit kita. ALhamdulillah, buat yang tiada masalah bab wang ringgit ni. Tapi tak semua macam tu kan..

Tapi, inshaaAllah, ada tetap bersama kita. Kalau pun tak cukup duit, mungkin Allah beri yang lain. Mungkin hari tu makan tengahari, mak cik cafe bagi harga terbaik punya. Biasanya lebih mahal, tiba-tiba hari ni murah dari biasa. itu rezeki juga tu. rezeki yang kita tak sedar, atau buat-buat tak sedar.

Sama juga dengan perkara lain. Kadang-kadang Allah datangkan rezeki bukan melalui duit, tapi mungkin melalui anak, melalui kebaikan lain yang bukan berupa harta kekayaan. Kadang-kadang rasa diri sendiri pun cukup-cukup je hujung bulan, tapi bila tengok kawan-kawan lain yang mungkin lebih susah dari kita, baru kita sedar. Terima dengan redha dan juga bersyukur padaNya. Itulah yang sebaik-baiknya. Ingatan untuk diri sendiri juga yang kadang-kadang ada sesuatu yang merunsingkan.

Cukuplah untuk pagi ni, tiba-tiba je rasa nak tulis walaupun tak tahu tengah bebel apa sebenarnya. Ok, nak mula kerja. So, all the best untuk semua. Moga hari ni membawa rezeki yang terbaik untuk semua. Alhamdulillah.

@fiezaradzi.com – Tahniah untuk suami untuk kerja yang terbaik.. Bila nak belanja?

One Comment

  1. nurul fatin adiana 16 October 2016 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge