Agama Personal Wanita

Rezeki Ibu Mengandung

Salam buat semua. Pernah tak rasa nak sesuatu pastu dapat? Hehee.. Itulah yang terjadi. Sebelum ni asal balik dari kerja atau balik dari kedai atau sebagainya, mesti nampak pokok mangga atau pelam kat rumah jiran sekitar rumah kami ni. Seronok tengok pelam muda yang saya sangat suka tu. Kalau orang lain suka pelam masak, saya suka makan pelam yang muda, lebih best kalau yang lemak-lemak berkirim tu.. Cicah pulak dengan kuah rojak Mak Bee atau buat kuah kicap dengan cili padi. Uish, memang sedap tak terkata la… Hehee..

Sebenarnya nak banyak hari dan minggu dok memerhatikan buah di pokok tu, tapi ye lah, orang punya kan, dah tu tak kenal pun tuan rumah, sebab bukan duduk sebelah rumah pun.. Selang 4,5,6,7 buah.. Hehee.. Nak dijadikan cerita, semalam balik kerja awal sikit, pastu de jiran 3,4 buah rumah panggil dan berikan 3 biji pelam muda yang sangat besar dan sedap pada kami sekeluarga.. Wah, memang rezeki tul.. Memang sedap dimakan, sampai tak berhenti-henti.. Sampai kembung perut la.. nak ke? Nah…

Hiihiii.. Kalau diikutkan, dulu masa mengandung anak pertama, teringin sangat nak makan cempedak goreng. Tapi masa tu selalunya kat kedai pisang goreng, mesti dah habis. Kalau de pun, isinya tebal sangat-sangat. Saya ni pelik sikit, suka makan buah-buah yang isinya tidaklah setebal mana.. Baik buah cempedak, nangka, durian, duku dan segalanyala.. kalau tebal sangat sikit je makan. Berbalik kepada cerita masa mengandung di rumah lama tu, jiran depan rumah macam dengar je pujian kat pokok cempedak dia tu.. Hehee.. terus dapat sebijik dari jiran merangkap tuan rumah sewa kami. Memang puas hati masa tu dapay makan cempedak goreng buatan sendiri.

Kali ni rasa nak makan buah pelam, pun dapat.. Itulah kan, rezeki Allah buat ibu mengandung anak kedua ni.. Hehee.. terima kasih Ya Allah atas kurniaanya yang Kau berikan ni.. Itulah, kata orang kan, rezeki Allah ni de di mana-mana, cuma kadang-kadang kita je tak perasan.. Kadang-kadang tu buat-buat tak perasan.. Hehee.. Apa pun, balik kerja petang ni boleh makan pelam lagi.. sebab de banyak lagi.. Korang nak? Datanglah rumah ek.. hihii…

@fiezaradzi.com – mengandung pun kira rezeki jugak tu.. rezeki yang tidak ternilai harganya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge