Rokok Merbahayakan Kesihatan

Posted by

Baru-baru ini dalam satu akhbar, ada artikel mengenai ciuman perokok boleh membunuh (Klik Sini).  Walaupun kesahihan kajian tersebut masih dipersoalkan, namun jika ada di kalangan golongan tersebut yang mempunyai system imun yang rendah, tidak mustahil kejadian ini mampu terjadi.

rokok

ROKOK MERBAYAHAKAN KESIHATAN

Kandungan dalam rokok

  1. tar – terdapat banyak bahan kimia yang dikatakan bersifat karsinogen (penyebab kanser)
  2. nikotin – memberi kesan ketagihan. Juga dikatakan punca utama serangan jantung dan strok.
  3. Karbon monoksida – Boleh menyebabkan maut jika melebihi paras 60%
  4. aseton – antara bahan yang terdapat di dalam cat
  5. ammonia
  6. naphthalene (dalam ubat gegat)
  7. DDT (terdapat dalam racun serangga)
  8. Arsenik (terdapat di dalam racun anai-anai)
  9. hydrogen sianida (cyanide) – gas yang beracun

Penghisap rokok bukan sahaja memberi kesan buruk terhadap dirinya, malah juga terhadap anak dan isteri serta orang-orang di sekelilingnya. Asap rokok yang beracun akan dihidu oleh orang sekeliling dan asap itu akan dibawa melalui system pernafasan dan pencernaan, seterusnya kawasan laluan itu akan mempunyai kesan buruk asap rokok.

Antara kesan asap rokok terhadap orang sekeliling:

  • ibu mengandung berisiko melahirkan bayi kurang berat badan dan tidak cukup umur
  • terdedah kepada kanser
  • boleh mengurangkan kesuburan pada golongan wanita
  • mudah mendapat lelah, terutamanya bayi atau anak kecil mendapat jangkitan paru-paru
  • berisiko menjadi perokok

jadi, apa kata mereka di luar sana, cuba ambil pendekatan untuk berhenti merokok. Ingatlah pada mereka yang tersayang. Paling kurang anda tidak membahayakan isteri, anak-anak atau pun girlfriend anda kan…

@fiezaradzi.com – dah semakin ramai anak gadis dan budak sekolah menghisap rokok ni dan agak kurang senang bila di kedai makan@tempat awam terbau asap-asap yang kurang enak ini..

** nak tau satu contoh merokok yang tidak merbahaya.. klik sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *