Sambung atau Tidak

Assalamualaikum,

Dah lama bebenor tak update blog ni. Sejak kerja kat ‘pejabat baru’ ni, macma tak berpenghujung kerjanya. Hampir setiap masa ada je kerja bertalu-talu datang. Siapa kata kerja kat ‘sini’ rilek? Aduh..

Kadang-kadang fikir, apa nak jadi dengan blog ni. Pernah juga terlintas nak berhenti tulis blog, macam tak ada jiwa dah. Tapi siapa tak sayang blog sendiri kan. Ini pun tengah berfikir, nak sambung ke tidak? Sambung menulislah. Nak upah orang tulis, mahal sangat upahnya.

Disebabkan rasa sayang, akan cuba juga update semula, walau pun alexa dah merajuk sangat-sangat. Tak kisahlah semua tu, yang penting nak mula semula. Kalau menjadilah. Sayangla pulak kan nak biar macam tu je. Walau pun godaan banyak waktu senggang, dengan drama Jepun nya, Korea nya, variety show bagai, belum campur tidur lagi, akan dicuba juga. Mudah-mudahan berjaya.

Dah tak sama macam dulu. Kalau dulu balik kerja, tidur lambat, takde efek pun. Sekarang ni, memang tak boleh tak tidur awal. Nasib baik pagi tadi terjaga pukul 6.00, kalau tak lambat den masuk kerja. Awal tau sekarang ni pergi kerja.

Oklah, doakan supaya niat ‘murni’ akan berjaya. Tengah cuba jugak ni. Fighting, fieza..

@fiezaradzi.com – Time banyak kerja, lupa habis semua.

1 comment… add one
  1. Ira 27 November 2016, 11:41 am

    perlu bahagikan masa jika ada minat.

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge